Utama Teknologi Permainan Gameplay GTA 6 tertiris di internet dalam bentuk 90 video

Gameplay GTA 6 tertiris di internet dalam bentuk 90 video

593
0
GTA V
GTA V telah diterbitkan lebih kurang sembilan tahun yang lalu. Imej dari Rockstar

Sebahagian rakaman video gameplay permainan berkomputer dari Rockstar, Grand Theft Auto VI, dilaporkan telah tertiris di dalam talian. PC Gamer melaporkan seorang pengguna di dalam GTA Forums telah memuat naik sejumlah 90 fail rakaman video GTA IV yang bersaiz 3GB.

Tidak dapat dipastikan bagaimanakah rakaman video berkenaan boleh tertiris. Pengguna yang memuatnaik dengan nama “teapotuberhacker” mendakwa menjadi dalang di sebalik serangan lain “Uber Hack” pada minggu lepas. Katanya lagi, mereka mungkin akan mentiriskan lebih banyak data tidak lama lagi termasuk kod sumber, aset dan binaan pengujian GTA V dan GTA VI.

Maklumat yang tertiris ini dilihat seiring dengan laporan awal mengenai GTA VI yang menunjukkan watak wanita yang boleh dimainkan di dalam beberapa video klip. Bloomberg pada awal ini melaporkan GTA VI mungkin akan menyertakan dua orang watak utama wanita yang diinspirasikan dari Bonnie dan Clyde.

https://www.youtube.com/watch?v=LAzDzlQOi9Y

Video GTA VI yang tertiris berkenaan kini dikongsikan dengan meluas menerusi YouTube, Twitter, Reddit dan pelbagai forum-forum permainan dalam talian lain. Tidak dapat dipastikan berapa lama video yang kelihatan menggunakan kad grafik RTX 3060 Ti dan RTX 3080 berkenaan telah dihasilkan. Boleh jadi usianya tidak lebih dari dua tahun telah dihasilkan.

Ini bukanlah kali pertama permainan keluaran Rockstar telah tertiris dalam jumlah yang besar. Sebelum ini laman Trusted Review terpaksa mendermakan sejumlah $1 juta kepada badan amal dan mengeluarkan permohonan maaf pada 2018 gara-gara menerbitkan maklumat terperinci berkenaan Red Dead Redemption 2 lebih awal dari tarikh pelancaran permainan tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.