Home Mobile Aplikasi Penghantaran Pos Laju kini boleh dibuat di 7-Eleven terpilih

Penghantaran Pos Laju kini boleh dibuat di 7-Eleven terpilih

42
0

Pos Malaysia baru-baru ini telah menjalinkan usahasama dengan 7-Eleven dan Razer bagi perkhidmatan serahan barangan oleh para pelanggannya. Perkhidmatan ini dikenali sebagai Razer Parcel+.

Pelanggan yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini boleh melayari laman SendParcel. Melalui halaman tersebut, para pelanggan boleh mendaftar dengan memasukkan maklumat penghantaran dan memilih kedai 7-Eleven terpilih yang bersesuaian sebagai pusat penghantaran.

Dalam tempoh 48 jam selepas maklumat diisi, pelanggan berkenaan dikehendaki untuk ke kedai 7-Eleven berhampiran. Serahan barangan boleh dibuat menerusi juruwang kedai 7-Eleven untuk tindakan selanjutnya.

Kemudahan terbaru yang diperkenalkan ini mampu memberikan pilihan yang lebih mudah untuk pengguna menjalankan urusan perniagaan dalam talian yang kian popular.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.