Utama Komputer Microsoft berikan OEM tempoh setahun untuk jual PC baru dengan Windows 7

Microsoft berikan OEM tempoh setahun untuk jual PC baru dengan Windows 7

896
0

Microsoft telah mengemaskini halaman maklumat Kitaran Hayat Windows dengan menambah tarikh akhir jualan Windows 7 adalah 31 Oktober 2016 untuk para pengeluar boleh menjual PC baru yang dilengkapi Windows 7.

Pada kebiasaannya, polisi Microsoft menetapkan tarikh akhir jualan bagi versi-versi Windows tertentu dua tahun selepas pelancaran versi Windows yang lebih terkini dari sebelumnya. Dibawah polisi berkenaan, Windows 7 patut ditamatkan jualannya pada lewat Oktober 2014, iaitu bersamaan 2 tahun selepas pelancaran Windows 8.

Namun, rekod buruk jualan Windows 8 memaksa Microsoft untuk bertolak ansur dengan permintaan pasaran. Pada masa itu, Microsoft berjanji akan memberikan notis dalam tempoh setahun jika berlaku sebarang perubahan polisi.

Masanya telah tiba apabila Microsoft mengumumkan PC yang dipasang dengan Windows 7 dan Windows 8.1 hanya boleh dijual sehingga 31 Oktober 2016. Selepas tarikh berkenaan, pihak pengeluar perlu menggunakan downgrade rights atau melaksanakan Software Assurance rights dengan volume license agreements untuk membolehkan pemasangan Windows versi lama pada perkakasan baru (‘Pandai’ betul Microsoft ni buat duit kan)

Hairannya, tarikh tamat jualan PC dengan Windows 8 hadir lebih awal, pada 30 Jun 2016.

Perubahan ini menunjukkan keyakinan dari pihak pengurusan Microsoft terhadap tahap kesediaan pengguna untuk beralih dari Windows 7 kepada Windows 10.

Bagaimanapun, sokongan kemaskini untuk Windows 7 masih tidak berubah dengan pengguna masih boleh lagi menerima kemaskini sekuriti sepanjang tempoh Extended Support yang akan tamat pada 14 Januari 2020.

Sumber berita diperoleh dari Engadget

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.