Samsung Galaxy Watch 6 Classic baharu sahaja diperkenalkan secara rasminya dan ia kini kembali dengan bingkai berputar yang digemari peminat siri jam tangan pintar ini.
Hadir dengan dua saiz iaitu 43mm dan 47mm yang boleh dipilih mengikut saiz pergelangan pengguna, jam tangan pintar ini juga mempunyai paparan yang lebih besar. Bingkai berputarnya pula lebih nipis, namun masih tetap memudahkan pengguna mengendalikan ciri-ciri di dalamnya.
Selain dari pilihan saiz, Galaxy Watch 6 Classic juga ditawarkan dengan pilihan konfigurasi Bluetooth sahaja seperti unit ulasan yang kami terima ini, atau dengan sokongan rangkaian LTE. Pilihan sokongan rangkaian selular ini harganya sudah tentu lebih tinggi dari pilihan Bluetooth sahaja.
Untuk perkakasannya, paparan jam tangan pintar ini dilengkapkan dengan paparan AMOELD bersaiz 1.5-inci untuk 47mm dan 1.3-inci untuk 43mm. Paparannya ini juga disaluti oleh kaca premium Sapphire Crystal bagi melindunginya dari kesan calar.
Galaxy Watch 6 Classic menggunakan pemprosesan dwi-teras Exynos W930 dengan RAM 2GB dan storan 16GB. Kapasiti baterinya pula bergantung pada saiznya dengan 425mAh untuk 47mm dan 300mAh untuk 43mm.
Tali jamnya juga kini berbeza dengan jenis kancing (clasp) yang terdapat pada model terdahulu. Model kali ini menggunakan tali yang mempunyai kepala dan pin seperti yang biasa kita lihat pada jam tangan tradisional.
Bahan yang digunakan untuk tali jam ini merupakan jenis silikon yang diletakkan corak benang jahitan bagi memberikan rasa seperti menggunakan bahan yang diperbuat daripada kulit. Pun begitu, tali jam tangan ini mudah untuk digantikan. Anda hanya perlu menekan pada hujung talinya untuk menanggalkan tali tersebut dengan jamnya.
Perisian di dalam jam tangan yang menggunakan sistem operasi Wear OS 4 ini juga sarat dengan pelbagai ciri yang membantu pengguna terutamanya pada aplikasi berasaskan kesihatan.
Nantikan ulasan penuh kami berkenaan Galaxy Watch 6 Classic dalam masa yang terdekat ini.
Harga Galaxy Watch 6 Classic dan Galaxy Watch
Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch6 Classic akan hadir ke pasaran di seluruh Malaysia mulai 18 Ogos 2023.
Model | RRP | Warna |
Galaxy Watch6 Classic
47mm LTE |
RM1,799 | Silver, Black |
Galaxy Watch6 Classic
47mm BT |
RM1,499 | |
Galaxy Watch6 Classic
43mm LTE |
RM1,699 | |
Galaxy Watch6 Classic
43mm BT |
RM1,399 | |
Galaxy Watch6
44mm LTE |
RM1,499 | Graphite, Silver |
Galaxy Watch6
44mm BT |
RM1,199 | |
Galaxy Watch6
40mm LTE |
RM1,399 | Graphite, Gold |
Galaxy Watch6
40mm BT |
RM1,099 |
Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch6 Classic, sila layari: www.samsungmobilepress.com, news.samsung.com/my/ atau www.samsung.com/my/watches/