Utama Android Samsung Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip 5

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip 5

113
0

Pelancaran Samsung Galaxy Z Flip 5 membawakan evolusi yang paling ketara di dalam siri ini setakat ini. Samsung Galaxy Z Flip 5 mengatasi ‘kekurangan’ yang terdapat pada Flip 4 dan juga model-model siri ini yang terdahulu dengan berkesan.

Paling utama, ia memperkenalkan skrin luaran yang lebih besar dan mampu melaksanakan pelbagai tugasan. Telefon pintar ini juga lebih nipis kerana bahagian renggang ketika ia dilipat juga sudah tidak begitu kelihatan.

Di dalam kotak Galaxy Z Flip 5 disediakan satu kad waranti, manual pengguna dan satu kabel pengecas USB-C.Galaxy Z Flip 5-Unboxing

Sungguhpun secara am rekaan estetika Galaxy Z Flip 5 masih lagi dikekalkan dari Galaxy Z Flip 4, namun terdapat beberapa perubahan.

Lebih rapat, lebih memikat

Paling jelas, lipatan telefon pintar ini kini lebih rapat tanpa meninggalkan ruang renggang yang besar seperti model terdahulu. Ini hasil daripada teknologi engselnya yang telah diperbaharui rekaannya. Hasilnya, Galaxy Z Flip 5 lebih kemas dan juga lebih trampil.

Cuma untuk kameranya, Galaxy Z Flip 5 masih lagi menawarkan spesifikasi yang sama seperti yang terdapat pada Galaxy Z Flip 4. Sistem dwi-kamera untuk kamera pada paparan luarannya masih lagi sama iaitu kamera utama 12MP dan kamera ultra lebar 12MP, serta kamera pada paparan utamanya, 10MP. Pun begitu, kualiti imejnya telah pun dipertingkatkan melalui penggunaan perisian yang telah dipertingkatkan.

Berbalik pada tumpuan utama telefon pintar ini, skrin utamanya yang kini lebih besar pada 3.4-inci kini menawarkan sokongan penggunaan lebih banyak widget. Samsung telah menyesuaikan sejumlah widget baharu untuk digunakan pada skrin ini seperti kenalan (contacts), cuaca (weather), langkah harian (daily steps), dan juga kawalan untuk tetapan lain seperti Wi-Fi, Bluetooth, dan juga bunyi.

Secara keseluruhan, Galaxy Z Flip 5 membawakan perubahan yang amat ketara di dalam siri ini. Bagi peminat telefon pintar boleh lipat, model ini pastinya pilihan yang berbaloi untuk mencuba kelainan baharu.

Nanti ulasan penuh Galaxy Z Flip 5 dari kami dalam masa yang terdekat ini.

Pra-tempah Galaxy Z Fold5 | Galaxy Z Flip5 untuk menikmati lebih ganjaran

Nikmati pengalaman telefon pintar boleh lipat yang benar-benar unggul dengan kebebasan sepenuhnya untuk mengekspresikan diri anda. Pre-tempah dari sekarang sehingga 17 Ogos 2023 .

Model RRP Warna Tawaran
Galaxy Z Fold5 256GB RM6,799 Icy Ice, Phantom Black, Cream

Warna Eksklusif Dalam Talian: Grey, Blue

  • Naik taraf Double Storage bernilai RM500 .
  • Beli dari Samsung Online Store untuk mendapatkan sehingga RM600 e-baucar pada pembelian seterusnya.
  • Diskaun sehingga 40% untuk pembelian dengan pembelian pada Aksesori Samsung, Samsung Care+, Tablet Galaxy, Jam Tangan Galaxy dan Siri Galaxy Buds.
  • Rebat tambahan sehingga RM600 di bawah program Perdagangan Dalam Dipertingkat .

*Varian 256GB Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5 tidak layak untuk tawaran prapesanan.

Galaxy Z Fold5 512GB RM7,299
Galaxy Z Fold5 1TB RM8,299
Galaxy Z Flip5 256GB RM4,499 Mint, Lavender, Cream, Graphite

Warna Eksklusif Dalam Talian: Grey, Blue, Green, Yellow

Galaxy Z Flip5 512GB RM4,999

Untuk pra-tempahan siri Galaxy Z terkini, layari:

Artikel sebelum iniPakej 5G Rahmah dengan HONOR 90 Lite 5G: Nikmati Sambungan 5G Pada Harga Mampu Milik
Artikel seterusnyaPandang Pertama Samsung Galaxy Watch 6 Classic; Bingkai Berputar kini Kembali
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.