Utama Telco U Mobile Pakej Perpaduan Prabayar U Mobile kini tersedia

Pakej Perpaduan Prabayar U Mobile kini tersedia

718
0
Pakej Perpaduan U Mobile

Kuala Lumpur, 28 Februari 2023 – U Mobile dengan sukacita mengumumkan bahawa Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih (Pakej Perpaduan) oleh kerajaan kini boleh didapati di U Mobile.

Dengan hanya RM30, pelanggan boleh menikmati data sebanyak 30GB pada kelajuan 3mbps, selama 180 hari.  Data 30GB juga boleh digunakan untuk ‘hotspot’ dan untuk semua aplikasi. Data ini juga boleh ditindan jika pelanggan mahu membeli semula Pakej Perpaduan.  

Pada titik harga ini, Pakej Perpaduan membantu memastikan semua rakyat Malaysia – terutamanya golongan B40, individu  kurang upaya, veteran, warga emas (60 tahun dan ke atas) serta belia (bawah 30 tahun) – mendapat akses ketersambungan pada harga yang mampu milik.

Pelanggan U Mobile yang layak boleh melanggan Pakej Perpaduan melalui aplikasi MyUMobile jika mereka menggunakan Pek Prabayar 5G U Mobile yang terkini. Pakej Perpaduan boleh diaktifkan dengan mengikuti langkah berikut: 

Langkah 1: Buka aplikasi MyUMobile

Langkah 2: Klik pada “Add Ons” dan pergi ke “Others”

Langkah 3: Melanggan Pakej Perpaduan

U Mobile Pakej Perpaduan - Key Visual 2Melalui penawaran ini, U Mobile menegaskan komitmennya untuk menyokong inisiatif kerajaan yang menggalakkan keterangkuman digital menerusi ketersambungan yang mudah diakses pada harga yang mampu milik, selaras dengan konsep Malaysia MADANI.

Untuk maklumat lanjut tentang penawaran ini, sila layari www.u.com.my.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.