Utama Android Oppo OPPO Reno 11 F secara rasmi dilancarkan; Hadir dengan Dimensity 7050, Kamera...

OPPO Reno 11 F secara rasmi dilancarkan; Hadir dengan Dimensity 7050, Kamera 64MP

163
0

OPPO secara rasminya telah melancarkan model terkini di dalam siri Reno 11 melalui Reno11 F, versi yang direndahkan spesifikasinya dengan harga yang lebih rendah. Telefon pintar ini berkongsikan banyak persamaan dengan Reno 11 dengan perbezaan ketara terdapat pada rekaan dan juga kameranya.

OPPO Reno 11 F menampilkan paparan OLED 6.7-inci beresolusi 1080p dengan kadar penyegaran semula skrin 120Hz. Skrin dengan perlindungan kaca Panda ini juga mempunyai tahap kecerahan puncak 1,100 nits.

Sama seperti OPPO Reno 11 untuk pasaran Malaysia, Reno 11 F juga menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 7050. Cuma ia hanya mempunyai RAM 8GB dan storan 256GB.

Dari segi fotografinya pula, telefon pintar ini hadir dengan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Pada bahagian berpenebuk lubang di hadapannya, ditempatkan sebuah kamera 32MP. Bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 67W turut disediakan untuk telefon pintar ini.

OPPO Reno 11 F hadir dengan tiga pilihan warna dan dijual pada harga THB10,990 (~RM1,464) di Thailand. Tidak dapat dipastikan bilakah telefon pintar ini akan mula memasuki pasaran Malaysia, namun dijangka ia akan hadir dalam masa yang terdekat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.