Utama Rencana Lebih Ganjaran dari Setiap Pembelian dengan Samsung Galaxy A15 dan Galaxy A25...

Lebih Ganjaran dari Setiap Pembelian dengan Samsung Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

431
0

Dari urusan kerja hingga berhubung dengan orang tersayang, telefon pintar merupakan peranti semua-dalam-satu yang perlu ada dalam kehidupan masa kini. Bagaimanapun, kenaikan kos sara hidup membantutkan keinginan untuk memiliki model telefon pintar yang canggih masa kini.

Jadi, apakah terdapat model telefon pintar yang bukan sekadar mampu milik, malah dapat membantu anda menjimatkan perbelanjaan?

Anda boleh menemukan model tersebut melalui Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G. Jangan melihat dari luarannya semata-mata kerana telefon pintar ini bukan sekadar memberikan prestasi yang anda inginkan, malah memberikan nilai tambah menerusi Samsung Rewards, Samsung Wallet dan banyak lagi.

Bawa dompet anda ke mana sahaja anda pergi

Tidak perlu lagi bimbang tertinggal dompet dan simpan maklumat penting anda di dalam Samsung Wallet. Melalui dompet digital ini, anda boleh menyimpan kad pembayaran dari tujuh bank seperti:

  • Maybank
  • CIMB
  • Public Bank
  • RHB
  • Standard Chartered
  • HSBC
  • Hong Leong Bank

Anda boleh membuat pembayaran yang mudah dengan mana-mana peniaga yang menerima pembayaran nirsentuhan dan ia mampu dilaksanakan dengan teknologi NFC yang disediakan di dalam Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G.

Dapatkan mata ganjaran dari setiap transaksi melalui fungsi ini dengan tiada amaun minima yang ditetapkan bagi setiap pembayaran. Gunakan mata ganjaran tersebut untuk menebus pelbagai baucar dan promosi. Anda juga boleh menggandakan ganjaran di dalam setiap transaksi apabila anda mengumpulkan mata untuk kad kredit anda dan juga Samsung Wallet bergantung kepada cara kad kredit berkenaan memberikan ganjaran.

Ganjaran dan Rebat

Bagi setiap transaksi melalui Samsung Wallet, anda boleh mengumpulkan nilai rebat sehingga RM720 dalam setahun. Apabila anda membuat pembelian menerusi platform ini, anda boleh mendapatkan mata sehingga 50 transaksi dalam setiap bulan tanpa nilai amaun minimum, memberikan anda 2,000 mata setiap bulan.

Gunakan mata tersebut untuk mendapatkan baucar, diskaun dan hadiah percuma yang hebat atau tukarkannya kepada rebat. Setiap mata bersamaan dengan RM0.03 dan dengan 2,000 mata anda boleh mendapatkan RM60 sebulan, bersamaan dengan sehingga RM720 setahun.

Bukan itu sahaja, anda boleh menggunakan mata ganjaran tersebut untuk mendapatkan peranti mercu yang akan datang. Rebat yang disimpan boleh digunakan untuk mendapatkan siri Samsung Galaxy S atau Z impian anda. Mata ganjaran tersebut juga boleh digunakan untuk produk-produk lain di dalam laman web rasmi Samsung. Mata dan rebat tersebut boleh disimpan sehingga tiga tahun dan gunakannya sementara masih ada.

Cara menggunakan Samsung Wallet

Kesemua ciri-ciri yang ditawarkan bagi tujuan memudahkan urusan transaksi harian anda ini juga mudah untuk dibuat di dalam telefon pintar anda. Hanya sentuhkan kad pilihan anda pada permukaan belakang Samsung Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G anda, sahkan dengan OTP dan anda kini boleh menggunakan peranti anda untuk membuat transaksi. Anda juga boleh membuka aplikasi Samsung Wallet dan masukkan maklumat yang berkaitan secara manual.

Kad yang digunakan untuk tujuan pembayaran tersebut tidak dipaparkan dalam bentuk sama seperti kad fizikal anda. Sebaliknya ia akan ditunjukkan dalam bentuk grafik bagi tujuan keselamatan.

Anda boleh menentukan sama ada kad yang didaftarkan tersebut adalah tepat dengan mengesahkannya dengan melihat pada pengeluar kad tersebut (Visa, MasterCard) dan empat digit terakhir di belakangnya. Kad fizikal berkenaan anda juga boleh digunakan seperti biasa selepas itu walaupun anda tidak memautkannya lagi dengan Samsung Pay. Jika anda berhasrat ingin membatalkan kad tersebut, sila hubungi pengeluar kad berkenaan.

Keselamatan terbaik

Sistem pembayaran ini diperkukuhkan dengan penggunaan Samsung Know bagi menjamin tahap keselamatan maklumat peribadi yang disimpankan di dalam peranti dan juga platform Samsung Wallet. Ia akan mengenkripsikan kesemua makluamt anda dan menyimpankannya di ruangan yang berasingan, menambahkan lagi lapisan keselamatan dari sebarang potensi pencerobohan. Untuk membuat transaksi, penggunaan cap jari pengguna berkenaan sudah memadai.

Samsung Wallet juga tidak mempunyai sebarang akses maklumat pembayaran anda. Jika berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kecurian peranti, anda boleh menghentikan transaksi yang tidak sah melalui Smart Things Find yang juga boleh digunakan untuk menguncikan atau memadamkan akaun berkenaan dari jauh oleh anda sendiri.

Telefon pintar dengan Nilai Terbaik

Anda boleh mendapatkan Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G pada harga bermula dari RM999 menerusi laman web rasmi Samsung Malaysia dan juga Samsung Experience Store di seluruh negara.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.