Utama Mobile Aplikasi OPPO umumkan kerjasama dengan Riot Games bersempena League of Legends World Championship...

OPPO umumkan kerjasama dengan Riot Games bersempena League of Legends World Championship 2021

35
0

OPPO baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama dengan Riot Games melalui penajaan League of Legends World Championship 2021 (S11) baru-baru ini.

Kerjasama ini merupakan sebahagian dari perjanjian yang ditandatangani dengan Riot Games sejak dari 2019. Ia dijangka mampu membantu meningkatkan mutu penjenamaan OPPO dikalangan pemain-pemain e-sukan di seluruh dunia.

Pada tahun ini, OPPO akan memberikan anugerah pemain paling bernilai kepada pemain profesional yang mendominasi medan tempur pada peringkat akhir. OPPO juga akan membawakan sorotan perlawanan dan juga wawancara dengan pemain-pemain profesional bersama pasukan masing-masing kepada penonton.

Menurut William Liu, Timbalan Presiden Pemasaran Global OPPO:

“It is our pleasure to continue this partnership with Riot Games this year. League of Legends provides OPPO a platform to let more gamers around the world get to know us better. More importantly, the unyielding spirit of pro players is similar to OPPO’s relentless strive for innovation when it comes to products and technology. We are constantly concentrated on delivering nothing short of excellence and creating unique experiences for our users,”

Kenyataan beliau ini turut disokong oleh Ketua e-Sukan Global Riot Games, John Needham:

“Based on the successful partnership last year, we are thrilled to have OPPO sponsor the League of Legends World Championship 2021. As the first global smartphone partner for the game, OPPO has become one of the most impressive tech brands among global esports players. We look forward to seeing what OPPO will bring to the audience in the finals.”

“Make/Break”

Tema peringkat akhir musim ini, “Make/Break” membawakan simbol keberanian dan mengatasi cabaran mustahil dengan mewujudkan kebarangkalian baharu. Seiring dengannya, OPPO Find X3 Pro bukan sahaja membolehkan pengguna mengambil gambar dalam warna 10-bit, malah menyerlahkannya dengan paparan skrin melalui lebih dari 1 billion warna.

Selain itu, Find X3 Pro juga dilengkapkan dengan sokongan Color Vision Enchancement yang merupakan sebahagian dari ColorOS 11.2. Ia menghasilkan kalibrasi skrin potensi dan diperbetulkan warna optimum khusus untuk pengguna rabun warna.

Selaku jenama yang memfokuskan pengguna, OPPO amat memahami pemain permainan mudah alih dan menyediakan keperluan tersebut menerusi Gaming Mode di dalam ColorOS. Apabila pemain mengubah ke Gaming Mode, permainan yang sedang dimainkan tidak lagi diganggu oleh notifikasi, mesej dan juga panggilan. Seterusnya, membolehkan pemain menikmati permainan secara imersif tanpa gangguan.

OPPO berhasrat untuk menggiatkan lagi penglibatannya di dalam komuniti e-sukan global kerana yakin semangan pemain-pemain profesional di peringkat akhir ini akan memberikan inspirasi buat penonton untuk mencapai apa jua impian.

League of Legends World Championship 2021 (S11) disertai oleh pasukan-pasukan elit dari 11 buah negara. Ia bermula pada 5 Oktober dan akan tamat pada perlawanan akhir yang berlangsung pada 6 November di Engjavegur 8, 104 Reykjavik, Iceland.

Kenyataan media dari OPPO Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.