Utama Android Samsung Cara memindahkan data dari telefon lama ke telefon baharu menggunakan Samsung Smart...

Cara memindahkan data dari telefon lama ke telefon baharu menggunakan Samsung Smart Switch

30
0

Mendapat telefon pintar atau tablet baharu pastinya satu pengalaman yang amat mengujakan. Namun, ada antara kita yang bimbangkan tidak dapat memindahkan kandungan, foto dan tetapan dari telefon pintar lama berkenaan.

Bagaimanapun, dengan Samsung Smart Switch anda mampu mengambil segala yang anda pernah miliki pada peranti lama anda. Sama ada Android mahupun iOS, anda boleh memindahkannya ke telefon Samsung baharu anda.

Oleh itu, mesej WhatsApp, foto, nombor perhubungan kenalan, sejarah panggilan, kalendar, kandungan, malah tetapan penggera anda juga boleh dipindahkan bersama.

Caranya amat mudah, muat turun sahaja aplikasi Smart Switch dari Google Play dan ikuti tiga langkah mudah berikut:

  1. Sambungkan kedua-dua peranti anda sama ada secara nirwayar mahupun melalui kabel USB-C.
  2. Pilih data yang ingin anda bawakan ke peranti Samsung baharu anda.
  3. Mulakan pemindahan dan Smart Switch akan menguruskan segalanya untuk anda.

Bagi anda yang ingin mendapatkan telefon pintar baharu Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G, langkah ini dapat membantu anda melakukan pemindahan data dari telefon lama. Oleh itu, fail-fail penting anda seperti foto, dokumen, mesej, video dan sebagainya dapat dipindahkan ke Galaxy Z Fold3 5G atau Z Flip3 5G baharu anda.

Bermula dari hari ini sehingga 31 Oktober 2021 ini, pembelian Galaxy Z Fold3 5G akan menerima e-baucar bernilai RM500 dan pelan perlindungan Samsung Care+ bernilai RM799. Anda yang membuat pembelian Galaxy Z Flip3 5G dalam tempoh promosi yang sama pula akan menerima e-baucar bernilai RM350 dan perlindungan Samsung Care+ bernilai RM699.

Maklumat lanjut mengenai penawaran ini, layari http://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-launch-2021/

Maklumat lanjut mengenai Smart Switch, layari https://www.samsung.com/my/apps/smart-switch/

Advertorial dari Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.