Utama Android Xiaomi Redmi K50 Pro+ dilaporkan menggunakan Snapdragon 898, Kamera 108MP

Redmi K50 Pro+ dilaporkan menggunakan Snapdragon 898, Kamera 108MP

385
0
Redmi K40 Pro
Redmi K40 Pro

Sub-jenama Xiaomi, Redmi dilaporkan sedang mengusahakan siri telefon pintar Redmi K50. Dikatakan, siri ini akan menyertakan tiga model iaitu Redmi K50, Redmi K50 Pro, dan Redmi K50 Pro+.

Berdasarkan maklumat yang tertiris dari China, paparan Redmi K50 Pro+ akan menampilkan paparan berpenebuk lubang di tengahnya. Ia menggunakan paparan AMOLED dengan pengimbas cap jari terbina di dalamnya. Seperti K40 Pro+, K50 Pro+ dijangka akan hadir dengan sokongan kadar penyegaran semula paparan 120Hz.

Pemprosesan mudah alih yang akan datang, Snapdragon 898 dijangka akan digunakan pada Redmi K50 Pro+. Ia juga berkemungkinan akan menggunakan bateri berkapasiti 5,000mAh dan mungkin menyokong pengecasan pantas 67W.

Kamera belakang bagi Redmi K50 Pro+ juga dikatakan akan hadir dengan kamera utama 108MP dan sebuah lensa zum periskop. Berkemungkinan juga, ia didatangkan dengan set tri-kamera dan akan dilancarkan di China sekitar Februari 2022.

Manakala untuk Redmi K50 pula, ia mungkin menggunakan cipset Snapdragon 888 dan bagi K50 Pro dengan Snapdragon 898. Memandangkan ia akan hadir dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi, lebih banyak maklumat terkini mengenai telefon baharu Redmi ini akan muncul.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.