Utama Android Oppo OPPO A79 kini di Malaysia dengan Harga RM1,199

OPPO A79 kini di Malaysia dengan Harga RM1,199

449
0

OPPO secara rasminya telah melancarkan A79 ke pasaran Malaysia. Telefon pintar peringkat menengah yang pertama kali diperkenalkan pada hujung Oktober lalu ini menampilkan rekaan yang lebih menarik dan warna yang lebih unik.

OPPO A79 menampilkan skrin LCD 6.72-inci beresolusi 1080p dengan kadar penyegaran semula 90Hz dan kecerahan puncak 680 nits. Ia dilindungi oleh kaca Panda untuk skrinnya bersama-sama kerintangan air dan debu IP54.

Dijana oleh pemprosesan Mediatek Dimensity 6020, telefon pintar ini juga menyediakan RAM berkapasiti 8GB dan storan dalaman 256GB bersama-sama slot kad mikroSD.

oppo-a79-warnaDari segi fotografinya, OPPO A79 menampilkan sebuah kamera utama 50MP yang bergandingan dengan kamera berkedalaman 2MP di bahagian belakangnya. Turut disediakan sebuah kamera 8MP pada sebelah hadapannya.

Telefon pintar yang menggunakan bateri berkapsiti 5,000mAh ini juga didatangkan dengan sokongan pengecasan secara berwayar 33W. Untuk ketersambungannya pula, ia menyokong Wi-Fi 5, Bluetooth 5.3, NFC, 5G dan bicu audio 3.5mm. Selain itu, ia juga mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian sisinya.

Harga OPPO A79 di Malaysia

OPPO A79 berharga RM1,199 dengan pilihan warna Mystery Black dan Dazzling Purple. Tiada pilihan warna Glowing Green buat masa ini seperti yang dilancarkan di pasaran India baru-baru ini.

Anda boleh mendapatkan OPPO A79 di kedai rasmi dalam talian OPPO, serta platform membeli-belah dalam talian seperti Shopee dan Lazada. Anda juga boleh mendapatkannya menerusi wakil-wakil pengedar yang sah di seluruh negara bermula dari 16 September 2023.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.