Utama Android Oppo OPPO A79 5G dilancarkan; Bawakan Cip Dimensity 6020, Kamera 50MP, Pengecasan 33W

OPPO A79 5G dilancarkan; Bawakan Cip Dimensity 6020, Kamera 50MP, Pengecasan 33W

244
0

OPPO telah melancarkan telefon pintar peringkat menengah baharunya, OPPO A79 5G di India. Ia menampilkan spesifikasi menengah dengan harga yang agak rendah di pasaran.

Telefon pintar peringkat menengah ini dikuasakan oleh pemprosesan MediaTek Dimensity 6020 bersama-sama RAM 8GB dan storan 128GB. Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan SUPERVOOC 33W melalui USB-C.

Skrin OPPO A79 5G menampilkan paparan LCD 6.72-inci 90Hz beresolusi FHD+ dengan kecerahan puncak 680 bersama-sama perlindungan kaca Panda Glass. Pada bahagian atas paparannya pula disediakan sebuah kamera 8MP.

Di sebelah belakangnya pula terdapat dwi-kamera yang mengandungi kamera utama 50MP dan kamera berkedalaman 2MP.

Lain-lain ciri yang disediakan oleh telefon pintar ini termasuklah pengimbas cap jari di bahagian sisi, sokongan 5G, penarafan IP54, bicu audio 3.5mm, pembesar suara dwi-stereo dan slot kad mikroSD.

Hadir dengan pilihan warna Mystery Black dan Glowing Green, OPPO A79 5G dijual di pasaran India dengan harga INR19999 (~RM1148). Setakat ini OPPO masih belum menyatakan sama ada telefon pintar ini akan hadir ke pasaran lain di seluruh dunia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.