Utama Android Oppo OPPO A77s menawarkan sokongan RAM sehingga 16GB melalui RAM Expansion

OPPO A77s menawarkan sokongan RAM sehingga 16GB melalui RAM Expansion

272
0

KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2022 — Ingatan Capaian Rawak (Random Access Memory, RAM) pada telefon pintar masa kini memainkan peranan yang amat penting terutamanya bagi kegunaan fotografi dan juga rakaman video.

Untuk memastikan lebih banyak data dan berbilang aplikasi dapat dijalankan pada peranti pengguna untuk pengalaman pengguna yang lancar, OPPO Malaysia telah meningkatkan ruang RAM dengan menawarkan sokongan RAM Expansions sehingga 8GB pada OPPO A77s yang dilancarkan pada awal Oktober 2022!

Dengan teknologi RAM Expansions yang dibangunkan sendiri oleh OPPO, OPPO A77s membolehkan pengguna membuka kunci keupayaan penuhnya dengan menggunakan pengoptimuman algoritma untuk menyatukan RAM dan ROM. Peningkatan ini memastikan telefon anda benar-benar tidak pernah mengecewakan anda.

Pengguna akan diberi pilihan untuk melaraskan kapasiti pengembangan, dengan empat tahap pelarasan iaitu 1GB, 3GB, 5GB dan sehingga 8GB. Untuk menaik taraf sepenuhnya ciri, ikuti langkah di bawah:

Langkah 1 Buka kunci telefon dan buka Panel Pemberitahuan Teratas
Langkah 2 Klik pada pilihan “Tetapan”.
Langkah 3 Pilih pilihan “Perihal peranti” dan pilih “Terkini”
Langkah 4 Klik simbol elipsis menegak di bahagian atas sebelah kanan dan pilih pilihan “Kemas kini automatik”.
Langkah 5 Hidupkan pilihan “Kemas kini automatik semalaman” untuk naik taraf

OPPO A77s boleh didapati dalam warna Sky Blue dan Starry Black dengan harga runcit yang disyorkan RM999. Pergi ke My OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO, Peniaga Sah OPPO atau lawati Kedai Dalam Talian Sah OPPO, Rakan Kongsi Kedai Rangkaian dan rakan kongsi E-dagang untuk mendapatkan OPPO A77s anda hari ini!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OPPO A77s, sila layari https://www.oppo.com/my/smartphones/series-a/a77s /.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.