OPPO Malaysia memperkenalkan model baharu di dalam siri A melalui OPPO A38, Ia hadir dengan ciri-ciri seperti pengecasan SUPERVOOC 33W, bateri 5,000 mAh dan dikuasakan oleh pemprosesan MediaTek Helio G85.
Telefon pintar ini juga dilengkapkan dengan kamera AI 50MP, bersama-sama kamera 2MP berkedalaman pada dwi-kamera pada bahagian belakangnya. Pada sebelah hadapannya disediakan sebuah kamera 5MP.
Skrin LCD 6.56-inci beresolusi HD+ padanya pula menampilkan ciri Sunlight Display dengan kadar penyegaran semula 90Hz. Tidak ketinggalan ciri Ultra Volume Mode untuk audionya bagi membantu pengguna menikmati kandungan di dalamnya dengan lebih baik.
Melalui dua pilihan warna Glowing Gold dan Glowing Black, telefon pintar ini menampilkan ciri reka bentuk tipikal sesebuah telefon pintar keluaran OPPO. Anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar ini boleh mendapatkan secara dalam talian menerusi kedai dalam talian rasmi OPPO dan juga wakil-wakil pengedar yang sah di seluruh Malaysia pada harga RM599.