Peneraju kedai eDagang kesihatan dan kesejahteraan ini meraikan satu lagi tahun pencapaian yang didorong oleh asas “kualiti diutamakan” kepada produk, pelanggan, dan pekerjanya, menawarkan diskaun tinggi setiap hari untuk masa yang terhad.
IRVINE, California, 6 Sept. 2023 /PRNewswire/ — iHerb dengan bangganya mengumumkan ulang tahun ke-27 dan jualan ulang tahun bersejarahnya. Ia bagi merenung dan meraikan asas jenama ini yang bukan sahaja meletakkan kualiti di hadapan dengan produknya tetapi juga untuk perkhidmatannya kepada pengguna serta dedikasinya terhadap pekerjanya. Peristiwa penting ini akan diperingati dengan promosi terbesar dalam sejarah 27 tahun jenama ini, di mana pelanggan boleh menikmati 27% diskaun dan promosi harian dari 1 September hingga 2 Oktober, bermula pada 10 pagi waktu PT pada iherb.com.
Misi iHerb untuk menjadikan kesihatan dan kesejahteraan boleh diakses oleh semua orang telah ditunjukkan melalui pengedarannya yang terbaik dalam industri, produk berkualiti, perpustakaan sumber kesihatan, anugerah syarikat dan banyak lagi. iHerb memberikan pengalaman setempat kepada pelanggan di lebih 180 buah negara yang menjadikannya pantas dan mudah untuk orang ramai di seluruh dunia membeli-belah produk kesihatan yang terbaik pada harga terbaik.
“Ketika meraikan 27 tahun khidmat kami kepada pelanggan di seluruh dunia, tiada ada yang boleh kami banggakan selain daripada asas yang telah kami sediakan untuk menjadikan kesihatan dan kesejahteraan dapat diakses oleh semua,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Emun Zabihi. “Ulang tahun ini memperingati kualiti dan ketulenan sebagai tonggak perniagaan kami, bukan hanya berkaitan dengan produk kami, tetapi juga dalam perkhidmatan kepada pelanggan dan pekerja kami.”
iHerb terus berusaha untuk menjadikan kesejahteraan bertambah baik, menggalakkan pelanggan membuat keputusan yang sihat dengan membantu mereka dalam memudahkan rutin kesihatan mereka dengan produk yang boleh diakses, berkualiti dan daripada sumber yang boleh dipercayai. Pengguna boleh menyertai sambutan perjalanan 27 tahun ini dengan membeli-belah di jualan ulang tahun yang belum pernah berlaku sebelum ini dan menikmati tawaran di seluruh laman web merentasi kategori.
Sertai iHerb dalam meraikan promosi terbesar dalam sejarah 27 tahunnya! Lawati laman web setiap hari untuk menemui tawaran luar biasa baharu. Untuk maklumat lanjut tentang iHerb, sila layari www.iherb.com
Tentang iHerb
iHerb memperkasa orang ramai untuk meningkatkan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan mereka. Sebagai sebuah platform eDagang global, kami berada dalam misi untuk menawarkan kepada pelanggan kami pilihan produk kesihatan dan kesejahteraan terbaik dunia pada nilai yang terbaik, serta disampaikan dengan pengalaman yang paling mudah. Kami percaya bahawa kesihatan dan kesejahteraan tidak sepatutnya menjadi suatu keistimewaan tetapi hak sejagat yang boleh didapati melalui belas kasihan dan tindakan kolektif kami – dan setiap orang, tidak kira siapa mereka atau di mana mereka berada, sepatutnya mempunyai akses mudah kepada produk yang akan membantu mereka menjalani kehidupan terbaik dan paling menyihatkan. www.iherb.com.

Video – https://www.youtube.com/watch?v=ePCCr43lr98
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/742063/iHerb_Logo.jpg