Home Komputer Windows 10 kini tawarkan fungsi buka aplikasi Android melalui ‘Your Phone’

Windows 10 kini tawarkan fungsi buka aplikasi Android melalui ‘Your Phone’

19
0

Pengguna Windows 10 yang menggunakan aplikasi Your Phone kini boleh menggunakan aplikasi-aplikasi Android pada desktop PC. Fungsi ini bagaimanapun hanya terhad kepada peranti-peranti keluaran Samsung sahaja.

Ogos lalu, Microsoft telah mengumumkan fungsi ini bakal diperkenalkan secara berperingkat. Antara ciri yang diketengahkan ketika pelancaran Samsung Galaxy Note20 lalu adalah sokongan melancarkan sehingga enam aplikasi Android pada PC Windows 10. Namun, berdasarkan apa yang ditawarkan buat masa ini, fungsi berkenaan ditawarkan agak lengkap, hampir sama seperti yang telah dijanjikan.

Ketua Pengurus Program Prinsipal untuk Your Phone di Microsoft, Puan Analy Otero Diaz turut memaklumkan fungsi untuk menjalankan pelbagai aplikasi secara serentak bakal diperkenalkan sebelum penghujung tahun ini.

Berikut model-model telefon pintar keluaran Samsung yang menyokong fungsi integrasi ‘Your Phone’ Windows 10:

  • Samsung Galaxy A30s
  • Samsung Galaxy A31
  • Samsung Galaxy A40
  • Samsung Galaxy A41
  • Samsung Galaxy A50
  • Samsung Galaxy A50s
  • Samsung Galaxy A51
  • Samsung Galaxy A51 5G
  • Samsung Galaxy A60
  • Samsung Galaxy A70
  • Samsung Galaxy A70s
  • Samsung Galaxy A71
  • Samsung Galaxy A71 5G
  • Samsung Galaxy A80
  • Samsung Galaxy A8s
  • Samsung Galaxy A90 5G
  • Samsung Galaxy A90s
  • Samsung Galaxy Fold
  • Samsung Galaxy Fold2
  • Samsung Galaxy Note10
  • Samsung Galaxy Note10+
  • Samsung Galaxy Note10 Lite
  • Samsung Galaxy Note20 5G
  • Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G
  • Samsung Galaxy Note 9
  • Samsung Galaxy S10
  • Samsung Galaxy S10+
  • Samsung Galaxy S10e
  • Samsung Galaxy S10 Lite
  • Samsung Galaxy S20
  • Samsung Galaxy S20+
  • Samsung Galaxy S20 Ultra
  • Samsung Galaxy S9
  • Samsung Galaxy S9+
  • Samsung Galaxy XCover Pro
  • Samsung Galaxy Z Flip
  • Samsung Galaxy Z Flip 5G
  • Samsung Galaxy Z Fold2 5G

Memandangkan fungsi ini hanya ditawarkan kepada pengguna-pengguna Windows 10 yang memiliki peranti keluaran Samsung sahaja, mungkin Microsoft boleh menukarkan nama aplikasi ‘Your Phone’ kepada ‘Your Samsung Phone’.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.