Utama Mobile Telco Ookla dedahkan Time sebagai Penyedia Internet Jalur Lebar Fiber Terbaik Malaysia

Ookla dedahkan Time sebagai Penyedia Internet Jalur Lebar Fiber Terbaik Malaysia

321
1
Ookla-Speed-Test

Ookla telah menerbitkan laporan Prestasi Internet Suku Kedua 2023 untuk Malaysia yang turut mendedahkan penyedia internet jalur lebar fiber terbaik untuk kelajuan, kelewahan dan juga konsistensi. Analisis ini diambil berdasarkan data ujian kelajuan oleh pengguna secara bulanan.

Menurut Ookla, Malaysia kini berada di tangga ke-39 untuk jalur lebar talian tetap di dalam indeks global. Turun dua anak tangga dari bulan lepas.

Secara purata, rakyat Malaysia menerima kelajuan muat turun 95.69Mbps dan kelajuan muat naik 51.73Mbps dengan setiap ping pada 7ms. Jalur lebar talian tetap secara keseluruhannya menunjukkan peningkatan yang konsisten pada setiap bulan.

Time penyedia perkhidmatan internet jalur lebar talian tetap terpantas di Malaysia

Ookla turut melaporkan Time sebagai penyedia perkhidmatan internet jalur lebar talian tetap terpantas di Malaysia dengan kelajuan muat turun media 108.38Mbps. Penyedia berkenaan juga mempunyai kelewahan berbilang pelayan terendah pada 9ms.

Sebagai perbandingan, Maxis yang berada di tangga kedua mencatatkan kelajuan muat turun media 92.61Mbps dan diikuti oleh TM pada 91.77Mbps.

Dari segi kelewahan, Maxis juga berada di tangga kedua pada 13ms, manakala TM pula 15ms. Time juga dinyatakan sebagai penyedia internet jalur lebar fiber paling konsisten di Malaysia iaitu pada 88.2%, diikuti oleh Maxis pada 86.3% dan TM pada 85.2%.

Malaysia kini sedang memperluaskan akses jalur lebar fibernya melalui JENDELA dan telah meningkatkan bilangan premis yang boleh menggunapakai fiber dari 4.96 juta pada September 2020 kepada 7.74 juta pada hujung 2022.

Pada suku pertama tahun 2023, tiga penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis dan TM telah menambah sebanyak 91,000 penyambungan jalur lebar fiber.

Selain dari memerluaskan akses ke jalur lebar fiber, pihak kerajaan juga mensasarkan untuk mengurangkan kos jalur lebar melalui pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP). Sungguhpun MSAP telah pun dikuatkuasakan sejak 1 Mac 2023, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) baru-baru ini telah menjelaskan pengurangan harga bagi jalur lebar ini hanya akan berlaku selepas September 2023 apabila penyedia perkhidmatan seperti TM dapat memuktamadkan dan menerbitkan Tawaran Akses Rujukan (RAO).

1 komen

  1. Kami di Tanjung Pari, Kampung Seri Ketengga Siong Baling Kedah hanya 3.7mbps bila hujan 700kbps dah buat aduan ke skmm lebih 10 kali tapi tiada perubahan

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.