Utama Mobile Telco SKMM sasar Penurunan Harga Langganan Internet Jalur Lebar selepas September 2023

SKMM sasar Penurunan Harga Langganan Internet Jalur Lebar selepas September 2023

409
0
Pakej Internet Jalur Lebar Talian Tetap

Mac lalu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah mengumumkan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP). Ia bertujuan bagi menurunkan harga perkhidmatan internet jalur lebar untuk seluruh rakyat Malaysia.

Rentetan dari itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung pelaksanaan tersebut.

Menurutnya, pengurangan harga langganan internet jalur lebar talian tetap akan bermula selepas perjanjian akses dapat dimuktamadkan di antara penyedia perkhidmatan.

Buat masa ini, kebanyakan penyedia perkhidmatan sedang dalam proses menerbitkan Tawaran Akses Rujukan (Reference Access Offer, RAO). SKMM mensasarkan perjanjian ini dapat dimuktamadkan menjelang akhir September 2023 dan selepas itu, pengguna dapat menikmati pengurangan harga untuk perkhidmatan jalur lebar.

Pada Februari 2023, kerajaan Malaysia telah melancarkan skim Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap bagi membantu golongan B40, pesara, OKU dan warga emas mengurangkan beban perbelanjaan.

Pakej tersebut hadir dengan kontrak langganan selama 24-bulan pada harga RM69 sebulan bersama-sama data tanpa had berkelajuan 30Mbps. Seramai 6,066 pengguna telah berdaftar di bawah pakej tersebut setakat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.