HONOR Malaysia telah mengesahkan HONOR 90 Lite dan HONOR Pad X9 akan dilancarkan bersama-sama HONOR 90 pada Khamis, 20 Julai 2023.
HONOR 90 Lite sebelum ini telah dilancarkan di pasaran China pada bulan lepas dan beberapa maklumat mengenainya telah pun diketahui. Ia menampilkan penggunaan pemprosesan MediaTek Dimensity 6020, RAM 8GB dan storan 256GB.
Telefon pintar ini juga hadir dengan saiz yang agak besar memandangkan paparan skrin LCD LTPS padanya bersaiz 6.7-inci. Skrin berkenaan juga mempunyai resolusi FHD+, selain mempunyai kamera hadapan yang terletak pada bahagian atasnya.
Di sebelah belakangnya pula terdapat tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 10MP, kamera ultra lebar 5MP dan kamera makro 2MP. Melengkapkan spesifikasinya, sebuah bateri berkapasiti 4,500mAh turut disediakan.
Sebuah lagi peranti yang akan diperkenalkan nanti, HONOR Pad X9 bagaimanapun tidak begitu banyak maklumat mengenainya yang diperoleh setakat ini.
Tablet berkenaan dijangka akan menggunakan pemprosesan Snapdragon 685, RAM 4GB dan storan 128GB. Skrinnya pula mungkin hadir dengan saiz 11.5-inci dengan hanya sebuah kamera utama disediakan yang beresolusi 5MP. Untuk bateri, kapasitinya kelak mungkin ditawarkan sebanyak 7,250mAh.
Ikuti pelancaran Siri HONOR 90 secara langsung pada 20 Julai 2023 jam 8 malam yang akan disiarkan di Facebook HONOR Malaysia kerana anda berpeluang memenangi hadiah misteri. Untuk maklumat lanjut dan yang terkini tentang Siri HONOR 90 boleh layari laman sesawang rasmi di