Utama Android Honor HONOR X9b dilancarkan di pasaran Malaysia secara rasminya; Hadir dengan Snapdragon 6...

HONOR X9b dilancarkan di pasaran Malaysia secara rasminya; Hadir dengan Snapdragon 6 Gen 1, Bateri 5,600mAh

401
0
HONOR X9b 5G Launch Event 1

Tidak lama selepas mengumumkan promosi pembelian terawal pada minggu lepas, HONOR Malaysia pada hari ini telah melancarkan secara rasminya HONOR X9b.

Telefon pintar baharu berkenaan mengetengahkan ciri tahan lasak yang menyeluruh, sesuai dengan temanya “All-angle Ultra Tough”.

HONOR X9b menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1. Ia juga menawarkan storan dalaman 256GB dan RAM 12GB.

Turut disediakan kapasiti bateri yang besar iaitu 5,800mAh yang menyokong pengecasan SuperCharge 35W melalui port USB-C.

Untuk paparannya, telefon pintar ini hadir dengan skrin melengkung AMOLED 6.78-inci 120Hz beresolusi 2652 x 1200 piksel dan kecerahan puncak 1200 nits. Ia juga menyokong 1.07 billion warna, DCI-P3 100%, pemalapan PWM 1920Hz, Persijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rhineland dan Pemalapan Dinamik.

Kamera pada sebelah hadapannya merupakan kamera 16MP yang ditempatkan pada bahagian tengah sebelah atas paparannya. Pada sebelah belakangnya pula disediakan tri-kamera yang menampilkan kamera utama 108MP, kamera ultra-lebar 5MP dan kamera makro 2MP.

Ciri yang diketengahkan oleh HONOR X9b tentunya terletak pada teknologi HONOR Ultra-Bouce Anti-Drop yang hadir dengan struktur 3 lapisan peneguhan sebahagian skrin, perlindungan penampan menyeluruh dan perlindungan tera di dalam fuslaj. Ia memanfaatkan teknologi pengkusyenan lanjutan menggunakan bahan baharu yang dikatakan mampu meningkatkan tahap serapan hentakan sehingga 1.2 kali.

Menurut HONOR, X9b 5G merupakan telefon pintar pertama di dunia yang menerima All-angle Drop Resistance Certification 5 Bintang dari SGS yang berpangkalan di Switzerland.

Lain-lain ciri telefon pintar ini termasuklah Android 13 melalui antaramuka MagicOS 7.2, dwi-SIM, dan penarafan kerintangan air dan debu IP53.

Harga HONOR X9b di Malaysia

Di Malaysia HONOR X9b dijual pada harga RM1,499 di pasaran bermula 10 November 2023. Pra-tempahannya telah pun mula dibuka dengan menawarkan cenderahati percuma bernilai sehingga RM978.

Tawaran tersebut meliputi  HONOR CHOICE Earbuds XS, band HONOR CHOICE MOECEN dan penggantian permukaan hadapan dan belakang disebabkan keretakan untuk setahun.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi HONOR Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.