Utama PRNewswire Marlabs mengumumkan Thomas Collins sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu

Marlabs mengumumkan Thomas Collins sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu

134
0

Thomas Collins, bekas Ketua Pegawai Operasi Accion Labs dan bekas pemimpin GlobalLogic memegang jawatan tersebut 

PISCATAWAY, New Jersey dan SÃO CARLOS, Brazil dan BANGALORE, India, 31 Oktober 2023 /PRNewswire/ — Marlabs Innovation LLC., syarikat penyelesaian digital global, hari ini mengumumkan penyertaan Thomas Collins sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu. Beliau membawa bersama pengalaman selama 28 tahun dalam pelbagai jawatan kepimpinan di pelbagai syarikat global. Sebelum menyertai Marlabs, Collins merupakan Ketua Pegawai Operasi bagi Accion Labs dan pernah berkhidmat dengan jayanya di Accenture, Siemens, Atos dan GlobalLogic. Beliau juga merupakan Pengasas Bersama AppliLog, sebuah Syarikat Perisian Pengurusan Rantaian Bekalan dan Pakar Pelanggan serta Syarikat Perunding Pembangunan Perniagaan. Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif semasa bagi syarikat ini, Siby Vadakekkara akan beralih kepada tugas sebagai Pengerusi.

Marlabs mengumumkan Thomas Collins sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu

Pelantikan Collins dilakukan selepas pencarian menyeluruh untuk merekrut pemimpin luar biasa yang menepati nilai budaya Marlabs. Siby menyatakan, “Saya mengucapkan tahniah kepada Tom atas jawatan beliau yang baharu ini. Sepanjang kerjayanya, beliau telah memainkan peranan penting dalam membentuk strategi pasaran bersasar, memenangi pelanggan terkemuka dan mengubah pasukan menjadi organisasi yang berkembang amat pesat. Saya yakin bahawa pengalaman Tom dalam meningkatkan firma kejuruteraan digital dan membantu para pelanggan memacu inisiatif transformasi akan mempercepat cita-cita pertumbuhan kami sambil memberikan nilai yang menarik kepada para pelanggan kami.”

Collins yang dihormati dalam industri kerana kepimpinan strategik, komunikasi, perundingan dan kemahiran interpersonal beliau, berkelulusan diploma dalam pentadbiran perniagaan dari Ludwig-Maximilians-University Munich.

“Ia merupakan satu penghormatan dan tanggungjawab yang besar untuk memimpin Marlabs,” kata Collins. “Saya tertarik dengan pangkalan pelanggan Marlabs yang luar biasa dan reputasinya dalam mempercepat transformasi digital perusahaan. Saya ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Siby dan Matt Kinsey, Rakan Kongsi Pengurusan BV Investment Partners, iaitu pelabur Marlabs kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan ini,” kata Collins mengenai pelantikannya.

Marlabs telah berada pada laluan pertumbuhan yang cepat sejak kerjasamanya dengan BV Investment Partners, dengan terus menyampaikan perkhidmatan bernilai tinggi dan berimpak tinggi kepada pelanggan di bidang farmaseutikal dan sains hayat, pembuatan dan peruncitan serta perbankan dan insurans. Ia telah mengambil alih Extentor Tquila pada tahun 2015 untuk mengukuhkan keupayaan platform Salesforce dan pada awal tahun ini, ia telah mengumumkan pengembangannya ke Amerika Latin (LATAM) melalui pengambilalihan Monitora Soluções Tecnológicas yang berpangkalan di Brazil, yang membolehkannya mengakses pasaran baharu untuk pertumbuhan, menawar keupayaan berhampiran pesisir kepada pelanggan sambil memperdalam keupayaan teknologi.

Tentang Marlabs 

Marlabs membantu syarikat global terkemuka menjadikan operasi mereka lebih lancar, memastikan pelanggan lebih dekat, mengubah data menjadi keputusan, menghilangkan risiko ruang siber, meningkatkan sistem legasi dan mendapatkan peluang baharu serta hasil yang diterajui digital. Marlabs mempunyai tenaga kerja global yang merangkumi pakar teknologi, platform dan industri yang sangat berpengalaman daripada universiti teknikal terkemuka di dunia. Syarikat ini menyediakan khidmat nasihat dan strategi yang mengutamakan digital, inkubasi penyelesaian pantas dan kejuruteraan penyelesaian digital yang tangkas. Marlabs beribu pejabat di New Jersey dan mempunyai kehadiran di AS, UK, Kanada, Jerman, Brazil dan India.

Hubungan Media 

media@marlabs.com
rajneeta.das@marlabs.com

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/2261941/Thomas_Collins_CEO_Marlabs.jpg
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1879917/Marlabs_Logo.jpg

Marlabs_Logo

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.