Utama Android Samsung Samsung Galaxy S23 Plus dan S23 akan memasuki pasaran Malaysia pada harga...

Samsung Galaxy S23 Plus dan S23 akan memasuki pasaran Malaysia pada harga dari RM3,899 dan ke atas

597
0
Samsung Galaxy S23 dan S23 Plus KV

Selain memperkenalkan Galaxy S23 Ultra, Samsung turut memperkenalkan dua lagi model di dalam siri yang sama iaitu Galaxy S23 dan Galaxy S23 Plus.

Kedua-dua model ini menggunakan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, pemprosesan sama yang digunakan pada model Ultra di dalam siri ini.

Sebagaimana yang pernah dinyatakan di dalam artikel sebelum ini, Samsung menjelaskan pemprosesan tersebut merupakan pemprosesan Snapdragon paling pantas setakat ini.

Lain-lain ciri yang mempunyai persamaan antara model siri Galaxy S23 ini dengan model Ultra termasuklah skrin Dynamic AMOLED 2X dan kadar penyegaran semula 240Hz di dalam Gaming Mode.Samsung Galaxy S23 dan S23 Plus-2

Bagaimanapun, resolusi maksimum skrin Galaxy S23 yang berukuran 6.1-inci dengan Galaxy S23 Plus yang berukuran 6.6-inci ini hanya menyokong sehingga FHD+ sahaja. Sungguhpun masih mempunyai kadar penyegaran semula dinamik, julatnya adalah lebih kecil berbanding Ultra iaitu pada 48Hz hingga 120Hz.

Kamera yang sama untuk saiz yang berbeza

Samsung Galaxy S23 dan S23 PlusWalaupun berbeza dari segi saiz skrin dan fizikalnya, Galaxy S23 dan Galaxy S23 Plus mempunyai tetapan kamera yang sama. Pada belakangnya, terdapat kamera utama 50MP f/1.8, kamera ultra-lebar 12MP f/2.2, dan kamera telefoto 10MP f/2.4 dengan zum optikal 3x. Turut disediakan kamera swafoto 12MP f/2.2.

Galaxy S23 dan Galaxy S23 Plus mempunyai kapasiti bateri yang berbeza dengan S23 mempunyai 3,900mAh, manakala Galaxy S23 Plus pula berkapasiti 4,700mAh. Untuk pengecasannya pula, Samsung mengatakan telefon pintar model ini mengambil masa sekitar 30 minit untuk mencecah ke paras 50% bagi Galaxy S23 dengan pengecas 25. Bagi Galaxy S23 Plus pula ia mampu mencecah ke paras 65% dalam tempoh yang sama dengan menggunakan pengecas 45W.Samsung Galaxy S23 dan S23 Plus-1

Sama juga seperti model Ultra, kedua-dua model ini juga mempunyai penarafan IP68 dengan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus 2 pada bahagian skrin depan dan juga permukaan belakangnya.

Dari segi harga, Galaxy S23 berharga dari RM3,899 bagi varian 128GB, dengan varian 256GB pula berharga RM4,199. Seterusnya, untuk Galaxy S23 Plus pula, varian 256GB dan 512GB boleh didapati pada harga masing-masing RM4,699 dan RM5,199.Samsung Galaxy S23 dan S23 Plus-S23 Ultra

Pembelian boleh dibuat menerusi Samsung Online Store dan anda juga boleh memanfaatkan program pra-tempahan yang kini telah dibuka sehingga 23 Februari 2023. Pelbagai tawaran menarik ditawarkan termasuk menaik taraf pilihan storan, diskaun untuk produk-produk Galaxy terpilih dan satu e-Voucher RM400.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.