Utama Teknologi Permainan NVIDIA GeForce Now secara rasminya dilancarkan di Malaysia melalui Yes 5G

NVIDIA GeForce Now secara rasminya dilancarkan di Malaysia melalui Yes 5G

397
0
NVIDIA GeForce Now Yes 5G Malaysia

NVIDIA GeForce Now telah pun hadir ke pasaran Malaysia sejak beberapa bulan yang lalu melalui Yes 5G. Kini, perkhidmatan tersebut dilancarkan secara rasminya baru-baru ini di Starhill Entrance Foyer.

Perkhidmatan ini merupakan penstriman permainan video yang boleh distrimkan secara terus ke peranti pengguna. Pengguna perlu memiliki permainan tersebut dari platform yang disokong seperti Steam, Epic Games Store, Ubisoft Connect dan sebagainya. Judul permainan yang ada bergantung pada ketersediaan dan juga sama ada pengguna memilikinya.

Memandangkan perkhidmatan ini disediakan secara penstriman, pengguna tidak perlu bimbang mengenai keupayaan perkakasan kerana ia diuruskan oleh pelayan perkhidmatan NVIDIA GeForce Now. Malah, pengemaskini perisian permainan juga diuruskan oleh pelayan.

Akses perkhidmatan ini ditawarkan kepada pelanggan Yes 5G dengan langganan tahunan sebanyak RM300, atau RM30 untuk bulanan. Untuk Pelanggan yang melanggan talian telekomunikasi selain dari Yes 5G pula dikenakan harga langganan sebanyak RM500 untuk setahun, atau RM50 untuk sebulan.

Para pelanggan perkhidmatan ini juga akan ditawarkan dengan akses masa bermain sehingga enam jam bagi setiap sesi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.