Nokia XR20 kini rasmi dan telefon pintar ini merupakan manifestasi jenama Nokia yang kerap dikaitkan dengan ketahanan dari segi perkakasan dan perisiannya.
Untuk bahagian luarannya, telefon pintar ini memiliki bekas tahan lasak yang menerima persijilan MIL-STD810H atas kemampuannya mampu bertahan apabila jatuh pada ketinggian sehingga 1.8 meter.
Faktor ketahanannya juga turut diperkukuhkan lagi dengan kerintangan terhadap air dan debu melalui piawaian IP68. Paparannya juga mempunyai perlindungan kaca tahan lasak Gorilla Glass Victus.
Seolah-olahnya telefon pintar ini tidak memerlukan lagi sebarang perlindungan tambahan dari bekas pelindung atau pelindung skrin.
Paparan Nokia XR20 merupakan LCD IPS FHD+ 6.67-inci dan untuk cipset, telefon ini menggunakan Snapdragon 480 yang berkeupayaan 5G. Ia turut dibantu dengan RAM 6GB dan storan 128GB yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD.
Di belakangnya, Nokia XR20 hanya menawarkan dua buah kamera iaitu kamera utama 48MP 1/2.25-inci f11.8 dan ultra-lebar 13MP 1/3-inci f/2.4. Setiap satunya juga didatangkan dengan flash LED. Kamera swafotonya pula menawarkan sebuah sensor 8MP f/2.0.
Baterinya pula berkapasiti 4,630 mAh yang menurut Nokia mampu bertahan untuk digunakan sepanjang dua hari. Ia boleh dicaskan pada 18W secara berwayar atau 15W secara nirwayar.
Telefon ini juga dilengkapkan degan pembesar suara stereo 96dB dengan teknologi main semula OZO. Pada sisinya pula ditempatkan pengimbas cap jari biometrik.
Nokia XR20 menggunakan sistem operasi Android 11. Nokia akan diberikan jaminan kemaskini keselamatan bulanan selama empat tahun dan kemaskini sistem operasi utama untuk tiga tahun.
Melalui pilihan warna Ultra Blue atau Granite Gray, Nokia XR20 akan mula dijual dengan harga $550 (RM 2,327) bermula dari 24 Ogos 2021.