Utama Android Nokia Nokia 3210 kini di Malaysia pada harga RM339

Nokia 3210 kini di Malaysia pada harga RM339

121
0

HMD pada minggu lepas telah memperkenalkan Nokia 3210 yang diperbaharui bersempena ulang tahun ke-25. Telefon bimbit berkenaan hadir dengan sokongan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C. Anda yang ingin bernostalgia dengan telefon bimbit legenda ini kini boleh mendapatkannya di pasaran Malaysia.

Nokai 3210 boleh dibeli menerusi kedai rasmi Nokia di Shopee pada harga RM339 dengan pilihan warna Scuba Blue, Grunge Black, dan Y2K Gold. Sama seperti HMD Pulse, telefon bimbit ini dijual terus dari China dan mempunyai jaminan 12 bulan daripada pembekal, berbanding jaminan pengeluar seperti kebanyakan telefon yang lain.

Selain daripada soal nostalgia, telefon bimbit ini juga menawarkan paparan QVGA 2.4-inci, bicu audio 3.5mm, sokongan radio FM, Bluetooth 5.0 dan pad kekunci bernombor fizikal.

Untuk perisiannya pula, sistem operasi S30+ menawarkan aplikasi awanan untuk berita, cuaca dan YouTube Shorts, serta permainan terpaling lejen, Snake.

Nokia 3210 versi 2024 ini menggunakan pemprosesan Unisoc T107 dengan RAM 64MB dan storan dalaman 128MB. Turut disediakan slot kad mikroSD yang boleh menyokong sehingga 32GB. Baterinya yang boleh ditanggalkan pula berkapasiti 1,450mAh yang boleh bertahan sehingga 9.8 jam tanpa henti untuk kegunaan panggilan secara berterusan. Anda juga boleh menggunakannya untuk menangkap gambar melalui sebuah kamera yang ditempatkan pada bahagian belakangnya. Cuma gambar yang ditangkapnya rendah resolusinya lah tapi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.