Laporan terkini berkenaan siri Redmi K50 mengatakan siri telefon pintar baharu ini akan dilancarkan sekitar perayaan Tahun Baru Cina tahun depan. Dijangkakan ia akan hadir dengan dua varian iaitu standard dan Pro.
Siri telefon pintar baharu dari Redmi ini juga didatangkan dengan sokongan pengecasan pantas 67W. Menurut laporan, Redmi K50 ini juga akan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 895.
Paparan yang akan digunakannya kelak juga dikatakan mempunyai kadar penyegaran semula 120Hz. Telefon ini juga dilengkapkan dengan kamera utama 108MP untuk model Pro dan 48MP bagi varian standard.
Oleh kerana cipset yang dikatakan akan digunakan adalah Snapdragon 895, boleh dikirakan adalah mustahil untuk telefon pintar ini dilancarkan pada tahun ini. Hal ini disebabkan oleh cipset tersebut paling awal pun akan dilancarkan pada Disember ini.