Utama Apple Apple iPhone SE 3 dikatakan bakal hadir dengan sokongan 5G dan rekaan...

Apple iPhone SE 3 dikatakan bakal hadir dengan sokongan 5G dan rekaan sama dengan iPhone SE versi 2020

31
0

iPhone SE keluaran yang akan datang dikhabarkan hadir dengan cipset yang dipertingkatkan bersama-sama sokongan 5G. Menurut Macotakara, sebuah portal teknologi dari Jepun, menyatakan iPhone SE baharu berkenaan akan menggunakan rekaan iPhone SE (2020).

Ini bermakna, rekabentuknya kelak menampilkan paparan LCD 4.7-inci dengan bingkai besar pada sebelah atas dan bawahnya. Serta berkemungkinan menyediakan butang kombo ‘home’/Touch-ID di tengah bingkai sebelah bawahnya.

Peningkatan ketara bagi iPhone SE generasi ketiga ini adalah penggunaan cipset terkini Apple A15 Bionic dan modem Snapdragon X60 5G seperti yang terdapat pada siri iPhone 13.

Laporan yang sama juga menyebut pengeluaran iPhone SE 3 dijangka bermula sekitar Disember 2021 dan dijangka akan diumumkan sekitar musim bunga 2022.

Sebelum ini terdapat khabar angin yang mengatakan Apple tidak akan memperkenalkan telefon mini baharu untuk keluaran tahun depan. Oleh yang demikian, model lama sentuhan baharu ini berkemungkinan pilihan yang akan ditawarkan bagi pembeli yang berminat dengan telefon kompak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.