Utama Perkakasan Pengeluaran MyKid ditangguh sehingga 6 bulan kerana Kekurangan Bekalan Cip

Pengeluaran MyKid ditangguh sehingga 6 bulan kerana Kekurangan Bekalan Cip

451
0
MyKID kekurangan Bekalan Cip

Ibu bapa yang baharu menimang cahaya mata di Malaysia perlu menunggu sehingga enam bulan lebih lama untuk mendapatkan MyKid kerana masalah kekurangan bekalan mikrocip global yang berpunca dari penularan wabak pandemik COVID-19.

Ketua Pengaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Encik Ruslin Jusoh menyatakan ibu bapa masih lagi boleh menghantar permohonan kerana proses kelulusannya akan dijalankan secara berperingkat.

Dalam pada masa yang sama, Encik Ruslin Jusoh juga meminta agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk menerima sijil lahir bagi kegunaan pengesahan maklumat diri seperti permohonan kemasukan sekolah.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.