Utama Telco Astro Astro tawarkan 10 Saluran Percuma untuk ditonton sehingga 31 Januari ini

Astro tawarkan 10 Saluran Percuma untuk ditonton sehingga 31 Januari ini

48
0
Astro-Free-Viewing-Promotion

Astro menawarkan 10 saluran untuk tontonan secara percuma kepada pelanggan-pelanggannya sehingga 31 Januari 2023. Penawaran percuma ini bersempena dengan penganuegarahan Putra Brand Awards yang dimenangi oleh Astro baru-baru ini.

Para pelanggan boleh menonoton saluran-saluran berkenaan sejak dari semalam, 15 Januari menerusi set kotak TV Astro dan juga aplikasi Astro GO. Saluran-saluran yang ditawarkan secara percuma tersebut adalah:

  1. CNN HD (saluran 511)
  2. BBC World News HD (saluran 512)
  3. tvN HD (saluran 395)
  4. Boo HD (saluran 404)
  5. Showcase Movies (saluran 413)
  6. BBC’s CBeebies (saluran 620)
  7. DreamWorks (saluran 622)
  8. Love Nature (saluran 558)
  9. Love Nature 4K (saluran 549)
  10. Global Trekker (saluran 559)

Menjelang sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Astro turut menyediakan satu saluran khas Too FUN di saluran 100. Saluran ini menawarkan sejumlah rancangan-rancangan hiburan, drama dan filem terpilih dari Asia dan boleh ditonton sehingga 12 Februari 2023.astro-too-fun-tahun baru cina 2023

 

Artikel sebelum iniPengeluaran MyKid ditangguh sehingga 6 bulan kerana Kekurangan Bekalan Cip
Artikel seterusnyaGrab naikkan Kadar Waktu Puncak di Lembah Klang untuk upah yang lebih setimpal ketika Kesesakan Jalan Raya
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.