Aplikasi Quran dan Waktu Solat Muslim Pro telah mengeluarkan kenyataan balas berkenaan isu perkongsian data lokasi penggunanya yang dilaporkan telah dijual. Salah satu pihak yang dilaporkan terlibat di dalam pembelian berkenaan adalah tentera Amerika Syarikat.
Portal Vice Motherboard melaporkan US Special Operations Command (USSOCOM) membeli hiliran data berkenaan dari dua buah syarikat. Salah satu daripadanya adalah X-Mode, yang bertindak mengumpulkan data lokasi dari aplikasi untuk dijual.
Muslim Pro adalah salah satu aplikasi yang dikumpulkan data oleh X-Mode berikutan perjanjian usahasama antara kedua-duanya sebelum ini.
Pihak tentera Amerika Syarikat telah mengesahkan laporan berkenaan kepada agensi berita antarabangsa Al-Jazeera. Menurutnya, akses berkenaan digunakan untuk tujuan misi-misi sokongan di luar A.S.
Media reports are circulating that Muslim Pro has been selling personal data of its users to the US Military. This is INCORRECT and UNTRUE. Muslim Pro is committed to protecting and securing our users’ privacy. This is a matter we take very seriously. #MuslimPro pic.twitter.com/2Lu0Zgvso1
— Muslim Pro (@MuslimPro) November 17, 2020
Menerusi kenyataan rasmi Muslim Pro di Twitter, pihak pembangun aplikasi Muslim Pro menafikan penjualan terus data lokasi pengguna. Hal ini kerana aplikasi berkenaan berkongsikan secara awan nama (anonymously) kepada rakan perkongsian data dengan tujuan penambahbaikan perkhidmatannya.
Tambah pihak pembangun aplikasi lagi, kerjasama perkongsian data dengan pihak ketiga termasuk dengan X-Mode akan dibatalkan serta-merta berikutan laporan tersebut.
Aplikasi Muslim Pro telah dimuat turun sebanyak lebih dari 98 juta kali oleh pengguna-pengguna dengan tujuan untuk mendapatkan waktu solat, arah kiblat, bacaan Quran, hadis dan sebagainya.