Home Mobile Android Samsung Galaxy A42 5G masuk ke pasaran Malaysia; Harga dari RM1,599

Samsung Galaxy A42 5G masuk ke pasaran Malaysia; Harga dari RM1,599

14
0

Rangkaian 5G di Malaysia buat masa ini masih lagi belum tersedia untuk kegunaan awam. Namun ia tidak menghalang beberapa pengeluar telefon pintar utama dunia untuk melancarkan peranti 5G ke pasaran tempatan.

Kebiasaannya, peranti-peranti 5G yang sudah dilancarkan di pasaran Malaysia merupakan model-model mercu. Tetapi kehadiran Samsung Galaxy A42 5G adalah sesuatu pembaharuan yang jarang berlaku sebelum ini.

Samsung Galaxy A42 5G dilengkapkan dengan paparan Super AMOLED 6.6-inci dengan resolusi maksimum HD+. Selain itu, telefon pintar ini turut dilengkapkan dengan Qualcomm Snapdragon 750G, RAM 8GB RAM, dan storan dalaman 128GB bersama-sam bateri 5000mAh dengan sokongan Pengecasan Pantas Adaptif 15W.

Untuk kamera utamanya pula, telefon pintar ini didatangkan bersama modul lensa utama 48MP f/1.8, lensa bersudut luas 8MP f/2.2, lensa makro 5MP f/2.4 dan lensa berkedalaman 5MP f/2.4. Tidak ketinggalan kamera swafoto 20MP yang ditempatkan pada bahagian hadapan telefon pintar ini.

Berdasarkan maklumat dari pangkalan data SIRIM, unit untuk pasaran Malaysia yang didaftarkan sebagai SM-A426B pada 16 November 2020 telah menerima persijilan sokongan rangkaian 5G jalur 700MHz dan 3500MHz.

Samsung Galaxy A42 5G kini boleh didapati di kedai dalam talian rasmi Samsung di Lazada dan Shopee pada harga RM1,599.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.