Home Mobile Aplikasi SMS Notifikasi Transaksi Kad Debit Maybank akan ditamatkan 3 Disember ini

SMS Notifikasi Transaksi Kad Debit Maybank akan ditamatkan 3 Disember ini

14
0

Bagi anda yang menggunakan kad debit Maybank, anda mungkin sudah biasa menerima SMS notifikasi setiap kali penggunaannya.

Bagaimanapun, terdapat perubahan terbaru yang diumumkan oleh pihak Maybank. Bermula pada 3 Disember ini, notifikasi transaksi kad debit melalui SMS akan digantikan dengan notifikasi dari aplikasi Maybank.

Notifikasi terbaru ini akan diberikan hanya kepada pengguna-pengguna yang telah pun menggunakan aplikasi Maybank. Menerusi maklumat yang disediakan di laman soalan-soalan lazim bank berkenaan, notifikasi ini hanya akan diberikan bagi transaksi yang lebih dari RM500.

Oleh yang demikian, pengguna yang melakukan transaksi kad debit kurang dari amaun berkenaan tidak akan menerima sebarang notifikasi.

Perubahan terbaru ini tidak memberikan kesan terhadap cara penggunaan biasa kad debit Maybank. Apa yang berbeza hanyalah kaedah penerimaan notifikasi transaksi penggunaannya.

Sumber berita diperoleh dari Maybank, melalui Amanz

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.