Microsoft secara rasminya menamatkan pelayar webnya yang pernah masyhur satu ketika dahulu pada Jun tahun lepas. Sungguhpun ia tidak lagi menerima kemaskini keselamatan selepas penamatannya, ia masih lagi boleh digunakan.
Kini menerusi kemaskini pelayar yang lebih moden berasaskan Chromium, Edge, Micrososft akan melumpuhkan Internet Explorer pada versi-versi tertentu Windows 10.
Sedkit kemaskini maklumat di dalam halaman sokongan lamanya, Microsoft menyatakan kerja melumpuhkan Internet Explorer ini akan masa dari beberapa hari hingga seminggu. Apabila selesai, pengguna yang ingin menggunakan Internet Explorer akan dibawa terus ke pelayar Microsoft Edge.
Microsoft juga akan membuang fungsi untuk mengembalikan ke dalam keadaan sebelum perubahan ini berlaku. Pada bulan Jun ini, pihak Microsoft seterusnya akan membuang segala bentuk visual yang berkaitan dengan pelayar web laman tersebut.
Sungguhpun ia hanya terkesan pada Windows 10, beberapa versi terkecuali dengan perubahan ini seperti versi Long-Term Servicing Channel (LTSC) dan juga China Government Edition.
Jika anda masih lagi menggunakan Windows 7 atau 8.1, Microsoft menyatakan Internet Explorer 11 masih kekal menerima sokongan. Turut dinyatakan, “Edge version 109 will be the last supported version”. Untuk Windows 11 pula, ia sepatutnya tidak terkesan dengan perubahan ini memandangkan ia langsung tidak didatangkan dengan Internet Explorer.
Pada 2021, Microsoft pertama kali mengumumkan penamatan Internet Explorer dengan menyebut pelayar Edge masih menawarkan mod ketersesuaian Internet Explorer. Ini penting untuk organisasi yang masih bergantung dengan laman-laman web lapuk sungguhpun mod berkenaan akan tamat pada Jun 2029.