Utama Android oneplus OnePlus 11 secara rasminya memasuki pasaran Malaysia, Harga bermula dari RM3,299

OnePlus 11 secara rasminya memasuki pasaran Malaysia, Harga bermula dari RM3,299

439
0
OnePlus 11

OnePlus 11 kini akhirnya memasuki pasaran Malaysia selepas jenama berkenaan mula mengacah model telefon pintar mercunya beberapa hari yang lalu. Telefon pintar berkenaan pada asalnya diperkenalkan di pasaran China pada bulan lepas.

Berkesinambungan dari OnePlus 10 Pro dan 10T pada tahun lepas, OnePlus pada tahun ini mengesahkan siri ini tidak akan hadir dengan varian Pro atau T. Ini bermakna model yang hadir ini merupakan paling mercu yang ditawarkan bagi tahun 2023.

Telefon pintar ini menampilkan skrin melengkung AMOLED LTPO 3.0 6.7-inci dengan resolusi 1440p, dan kadar penyegaran semula adaptif sehingga 120Hz. Melalui kadar kecerahahn maksima sehingga 1,300 nits, skrinnya ini juga menyokong Dolby Vision dan HDR10+. Pada permukaan belakang pula menampilkan rekaan ruangan bulatan yang menempatkan tri-kameranya.OnePlus 11 Launched

Oleh kerana telefon pintar ini merupakan paling mercu yang ditawarkan oleh OnePlus setakat ini, ia menggunakan pemprosesan Qualcomm paling berkuasa setakat ini, Snapdragon 8 Gen 2. Ia bergandingan dengan RAM 8GB dan storan 128GB untuk pilihan warna hitam, manakala pilihan warna hijau pula mempunyai RAM 16GB dan storan 256GB.OnePlus_11_5G-1

OnePlus 11 membawakan kembali jenama Hasselblad bagi penalaan pengimejannya dengan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 48MP, kamera telefoto 32MP 2x zum optikal dan kamera hadapan 16MP. Telefon pintar ini juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 100W.

Pra-tempahan mula dibuka bermula dari 16 Februari dan jualan rasmi OnePlus 11 bermula dari 25 Februari menerusi kedai rasmi di Shopee, Lazada dan wakil pengedar yang sah di seluruh negara. Model berwarna hitam dengan RAM 8GB dan storan 128GB berharga RM3,299. Manakala model berwarna hijau dengan RAM 16GB dan storan 256GB pula berharga RM3,599.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.