Utama Apple Hanya sekitar 50% kerangka iPhone Buatan India ikut Standard Kualiti Apple

Hanya sekitar 50% kerangka iPhone Buatan India ikut Standard Kualiti Apple

374
0
iPhone Casing Componen
Imej kredit kepada iFixit

Apple kini berdepan dengan masalah meningkatkan operasi pengeluarannya di India berikutan penghasilan komponen yang rendah dan kemajuan yang perlahan, menurut laporan Financial Times.

Di salah sebuah kilang pengeluaran kerangka iPhone yang diuruskan oleh pembekalnya, Tata di Hosur, India hanya 1 dari 2 komponen yang dihasilkan mencapai tahap kualiti memuaskan.

Komponen berkenaan kemudian akan dihantar untuk dipasangkan oleh satu lagi pembekal Apple, Foxconn. Penghasilan sekitar 50% sahaja dikirakan sebagai amat rendah pada mana-mana operasi pengeluaran. Malah ia bertentangan dengan matlamat pengeluaran sifat kecacatan dan kelestarian alam sekitar Apple.

Mantan jurutera-jurutera Apple memberitahu Financial Times bahawa pembekal iPhone dan pegawai kerajaan di China mengambil pendekatan “berikan yang terbaik” untuk mencapai matlamat pengeluaran iPhone. Atas sebab itu, pembekalan iPhone di China pada kebiasaannya dapat disiapkan berminggu-minggu lebih awal dari yang dijadualkan.

Sebaliknya, perkara berkenaan tidak berlaku di dalam pengeluaran komponen-komponen iPhone di India.

Apple kini sedang memberikan tumpuan terhadap perancangan meningkatkan kecekapan pengeluaran di negara kedua paling ramai penduduk di dunia tersebut.

Antara yang dilakukan termasuklah menghantar pereka produk dan jurutera dari California dan China ke kilang-kilangnya di sekitar selatan India bagi melatih pekerja tempatan dan membantu melaksanakan operasi pengeluaran.

Apple telah mula mengeluarkan model-model iPhone peringkat pemula bermula dengan iPhone SE di India sejak 2017. Tahun lalu Apple telah mengusahakan peningkatan operasi pengeluarannya di India dengan sebahagian model iPhone 14 di buat di India.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.