Utama Microsoft Internet Explorer 11 akan ditamatkan sepenuhnya pada Februari 2023 menerusi Kemaskini Microsoft...

Internet Explorer 11 akan ditamatkan sepenuhnya pada Februari 2023 menerusi Kemaskini Microsoft Edge

Microsoft mengumumkan penamatan sepenuhnya Internet Explorer 11 pada 14 Februari 2023 melalui kemaskini untuk pelayar Microsoft Edge.

561
0
Internet Explorer tamat diganti Edge

Microsoft telah mengumumkan tarikh sebenar penamatan hayat Internet Explorer pada Windows 10 selepas pemberhentian secara berfasanya bermula pada Jun tahun ini. Bermula pada 14 Februari tahun depan, Internet Explorer 11 akan dilumpuhkan pada Windows 10 menerusi kemaskini Microsoft Edge.

Sebelum ini Microsoft menyatakan Internet Explorer 11 akan dilumpuhkan menerusi kemaskini Windows. Namun, terdapat perubahan yang mana kemaskini tersebut hadir melalui Edge.

Menurut Microsoft, perubahan ini dilakukan bagi memberikan kelancaran penggunaan di samping peralihan ke pelayan Edge dapat dilakukan dengan lebih mudah.

Penamatan hayat Internet Explorer

Internet Explorer DeathPenamatan Internet Explorer telah diperkatakan agak lama dan Microsoft pernah menggariskan rancangan untuk menamatkan pelayar tersebut pada 2020 bersama-sama Microsoft Edge versi legasi, versi lama sebelum menggunakan enjin Chromium seperti yang digunakan sekarang.

Pada 2021, Microsoft mengatakan akan menamatkan Internet Explorer pada 15 Jun 2022. Namun hakikatnya, penamatan secara berfasa pelayar tersebut hanya mula dilakukan pada tarikh tersebut. Sejak dari itu, beberapa peranti telah pun dihalakan ke Edge jika pengguna menggunakan Internet Explorer.

Untuk bulan Februari ini, pelayar tersebut akan ditamatkan sepenuhnya termasuk pada sistem operasi lama seperti Windows 8.1 dan Windows 7. Malah, Microsoft juga akan membuang semua bentuk visual Internet Explorer dari Windows 10 melalui kemaskini Patch Tuesday pada bulan Jun. Ini bermakna, anda tidak akan dapat melihat lagi logo IE pada taskbar mahupun pada menu Start.

IE Mode di dalam Microsoft Edge

Salah satu ciri utama pada versi Microsoft Edge sekarang ini adalah penawaran IE Mode. Ia membolehkan pelayar terbabit membuka sesebuah laman web seperti ia dipaparkan di dalam Internet Explorer. Ciri ini bertujuan membolehkan pengguna di sesetengah jabatan atau organisasi yang masih menggunakan sistem yang direka bentuk untuk Internet Explorer dan tidak sesuai digunakan pada pelayar web moden seperti Chrome atau Firefox.

Jika pengguna membuka laman web berkenaan yang hanya sesuai dengan Internet Explorer tersebut, anda akan diminta supaya menukarkan mod Edge anda kepada IE Mode. Seterusnya anda boleh menggunakan sistem atau aplikasi web berkenaan seperti biasa.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.