Home Komputer Sistem Operasi Microsoft sahkan pengguna Windows 10 tidak boleh ‘uninstall’ Edge

Microsoft sahkan pengguna Windows 10 tidak boleh ‘uninstall’ Edge

32
0

Bagi anda yang tidak menggemari pelayar Microsoft Edge, anda mungkin terpaksa menerima hakikat bahawa pelayar ini tidak lagi boleh dinyahpasang pada Windows 10.

ZDNet melaporkan Microsoft telah memasukkan Edge sebagai sebahagian dari kemaskini sistem Windows 10 yang terbaru. Secara tidak langsung, memaksakan pemasangannya pada peranti Windows 10.

Pengguna-pengguna yang cuba untuk menyahpasangkan pelayar ini akan menerima satu notifikasi yang memaparkan “Can’t uninstall Microsoft Edge.” Reputasi pelayar keluaran Microsoft buat masa ini masih lagi belum pulih sepenuhnya berikutan masalah-masalah yang dihadapi oleh Internet Explorer dan Edge versi lama.

Atas sebab itu, Microsoft cuba menambah baik mutu penyampaiannya dengan mempertingkatkan keupayaan Edge. Microsoft Edge versi yang terbaru telah dipertingkatkan keupayaannya selepas menggunakan enjin Chromium, sama seperti yang digunakan oleh Google Chrome.

Pengguna Windows 10 bagaimanapun masih lagi dibenarkan untuk menggunakan pelayar-pelayar lain seperti Chrome, Firefox dan sebagainya. Pengguna juga perlu mengubahkan tetapan ‘default’ pelayar Edge kepada pelayar lain mengikut pilihan pengguna.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.