Home Mobile Aplikasi Laman KissAnime dan KissManga ditutup Selama-lamanya

Laman KissAnime dan KissManga ditutup Selama-lamanya

27
0

KissAnime, laman penstriman anime popular bersama-sama laman manga, KissManga akan ditutup. Laman yang menyediakan kandungan anime dan manga secara percuma ini telah mengumumkan penutupannya menerusi saluran rasminya di Discord.

Pasukan sokongan KissAnime turut memaklumkan penutupan ini adalah disebabkan oleh penguatkuasaan undang-undang anti cetak rompak Jepun yang telah diperketatkan. Berdasarkan undang-undang berkenaan, segala kandungan di dalam KissAnime dan KissManga adalah hak milik terpelihara pemunya masing-masing.

Kerajaan Jepun awal Jun lalu telah membuat semakan semula terhadap rang undang-undang hak cipta terpelihara yang akan turut mengambil tindakan terhadap individu yang diketahui memuat turun secara haram kandungan anime dan manga cetak rompak. Selain dari KissAnime dan KissManga, beberapa platform lain yang menyediakan manga percuma seperti Manga Rock, juga akan ditutup.

Buat masa ini dijangkakan terdapat banyak laman-laman lain yang cuba menjadi alternatif kepada laman-laman sedia ada. Namun, anda dinasihatkan supaya berhati-hati kerana dibimbangi terjebak dengan laman-laman ‘phishing’.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.