Utama Teknologi Microsoft mahu haramkan April Fool; Larang Kakitangannya dari turut serta

Microsoft mahu haramkan April Fool; Larang Kakitangannya dari turut serta

692
0

Hari April Fool akan jatuh pada hari Isnin ini bersamaan 1 April 2019 dan pada kebiasaannya ia diraikan dengan mengusik kenalan masing-masing.

Bagaimanapun, tahun ini Microsoft dilihat tidak berminat untuk turut serta berdasarkan memo dalaman yang dikeluarkan, menurut maklumat yang diterima oleh The Verge.

Ketua pemasaran Microsoft, Chris Capossela dilaporkan telah mengeluarkan memo kepada seluruh kakitangannya supaya tidak terlibat dalam apa jua aktiviti yang melibatkan April Fool. Menurut beliau, Microsoft “hanya akan mendapat lebih kerugian dari manfaat akibat melawak pada hari berkenaan”. Mungkin ramai yang akan bersetuju dengan pendapat beliau tersebut.

Bagi pihak yang tidak bersetuju dengan larangan hari tersebut, mungkin boleh mengimbas kembali gurauan “mic drop” yang Google adakan melalui Gmail pada tahun lepas. Ia memberi kesan buruk terhadap reputasinya pada hari itu hingga terpaksa mengeluarkan permohonan maaf.

Sumber berita diperoleh dari The Verge

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.