Utama Telco Digi Digi pula alami Masalah gangguan perkhidmatan Data dan Suara

Digi pula alami Masalah gangguan perkhidmatan Data dan Suara

1066
0

Nampaknya Malaysia pada minggu ini dipenuhi dengan masalah-masalah gangguan perkhidmatan. Selepas U Mobile dan Maybank, kini giliran Digi pula mengalami masalah gangguan perkhidmatan untuk capaian data dan suara oleh pengguna-penggunanya.

Sekitar dua jam lalu, pengguna-pengguna Digi mula mengalami masalah untuk berkomunikasi menggunakan talian tersebut. Seluruh perkhidmatan suara dan data, termasuk perkhidmatan jalur lebar mudah alih Digi turut terkesan.

Pihak Digi mengeluarkan kenyataan melalui akaun rasmi Twitter dengan memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang mengalami masalah gangguan perkhidmatan luar jangka dan disasarkan seluruh perkhidmatannya akan dipulihkan dalam tempoh 4 jam berikutnya.

Berdasarkan insiden-insiden yang dialami oleh U Mobile dan Maybank, kedua-duanya cuma sekadar menjelaskan masalah ini berpunca dari kesilapan teknikal tanpa menjelaskan dengan lebih lanjut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.