Utama Mobile iOS Kemaskini iPadOS 13.4.1 boleh sebabkan peranti iPad Pro kerap Reboot

Kemaskini iPadOS 13.4.1 boleh sebabkan peranti iPad Pro kerap Reboot

657
0

Kebiasaannya, mendapatkan kemaskini terkini seawal mungkin adalah sesuatu yang amat bagus untuk dilakukan. namun, kemaskini terbaru iPadOS 13.4.1 adalah sebaliknya terutama bagi pengguna iPad Pro.

Sebilangan pemilik tablet ini dilaporkan berdepan dengan masalah yang diadukan di laman forum sokongan.

Menurut Appleinsider, sebilangan pengguna mendakwa iPad Pro 10.5-inci milik masing-masing reboot sendiri selepas 30 hingga 45 saat ianya dihidupkan.

Ia berlaku tanpa sebarang aplikasi dibuka dan hanya didapati terjadi selepas mendapat kemaskini iPadOS 13.4.1. Ada juga pengguna yang mendakwa iPad Pro 11-inci miliknya turut reboot secara tiba-tiba selepas setiap 10 minit.

Isu ini juga didapati tidak dapat dipulihkan selepas membuat reset ke tetapan asal (factory default) iPad Pro. Seorang pengguna mendakwa telah melakukan proses reset tetapan ke asal ini sebanyak dua kali, tetapi tidak membuahkan sebarang hasil. Keadaan ini membuatkan sebahagian pengguna berpendapat berpunca dari kemaskini iPadOS 13.4.1.

Apa yang lebih dibimbangkan adalah masalah ini masih lagi belum di’patch‘kan lagi. Berdasarkan maklumat yang diterima dalam laman forum Apple, masalah ini dilaporkan pada 29 Mei baru-baru ini.

Malah Kemaskini iPadOS 13.5 juga didapati tidak menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, langkah terbaik untuk mengelakkan dari terkena masalah ini adalah dengan menangguhkan kemaskini buat sementara waktu.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.