Utama Microsoft Microsoft Edge terima Performance Mode di dalam Windows 10

Microsoft Edge terima Performance Mode di dalam Windows 10

169
0
Microsoft Edge Performance Mode

Microsoft Edge merupakan pelayar desktop hebat yang menyertakan pelbagai fungsi-fungsi penting sesuai dengan keperluan pengguna moden.

Kini, Microsoft sedang mengusahakan fungsi baharu yang dinamakan sebagai “performance mode”. Ia direka khusus untuk peningkatan prestasi ketika anda sedang bermain permainan atau menggunakan aplikasi lain.

Tahun lalu, Microsoft telah memperkenalkan ‘Sleeping Tabs‘ bagi mengurangkan penggunaan RAM dan kuasa pemprosesan CPU oleh pelayar. Fungsi berkenaan bagaimanapun tidak mencukupi untuk meningkatkan prestasi sistem kerana terdapat faktor lain yang memberi kesan penggunaan RAM dan CPU Edge dalam Windows 10.

Melalui Performance Mode baharu yang diperkenalkan ini, Microsoft Edge telah menambahkan pilihan mod berkenaan di dalam tetapan (settings) pelayar terbabit.

Apabila diaktifkan, Edge akan mengoptimumkan kelajuan keseluruhan melayari web, tahap responsif dan pengurangan penggunaan CPU, RAM dan bateri tanpa mengurangkan prestasinya.

Pun begitu, Microsoft menegaskan peningkatan prestasi ini bergantung sepenuhnya pada cara penggunaan pelayar terbabit.

Buat masa ini, fungsi “Performance Mode” boleh didapati di Microsoft Edge Canary 91 untuk pengguna terpilih dan dijangka akan dilancarkan dalam bentuk stabil sekitar tahun ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.