Utama Android Samsung Samsung Galaxy M42 5G akan dilancarkan pada 28 April ini; Dikuasakan cipset...

Samsung Galaxy M42 5G akan dilancarkan pada 28 April ini; Dikuasakan cipset Snapdragon 750G

486
0
Samsung Galaxy M42 5G Launch Date

Awal minggu lepas, terdapat laporan yang mendakwa Samsung akan melancarkan Galaxy M42 5G di India pada April ini.

Baru-baru ini, Amazon India telah mengesahkan telefon pintar berkenaan akan diperkenalkan pada 28 April dan turut mewujudkan sebuah laman promo khusus untuk tujuan tersebut.

Laman tersebut turut menyertakan beberapa imej yang mendedahkan rekaan Galaxy M42 5G dan beberapa fungsi menariknya. Telefon pintar ini menampilkan paparan bertakuk dan kuad kamera untuk kamera di belakangnya.Samsung Galaxy M42 5G Snapdragon 750G

Berdasarkan pemerhatian, tiada sebarang pengimbas cap jari disediakan pada bahagian belakangnya. Tidak dapat dipastikan sama ada pengimbas cap jarinya ditempatkan pada butang suis atau terbina di dalam paparannya.Samsung Galaxy M42 5G Knox

Jenis cipset Samsung Galaxy M42 5G diketahui menggunakan Snapdragon 750G, namun tidak dinyatakan kapasiti RAM dan storannya.Samsung Galaxy M42 5G Pay

Samsung setakat ini masih lagi belum mengeluarkan perincian spesifikasi telefon pintar terbarunya ini. Dijangkakan lebih banyak maklumat mengenainya akan disediakan menjelang tarikh pelancarannya kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.