Utama Microsoft Microsoft secara rasminya mengumumkan Wilayah Pusat Data di Malaysia

Microsoft secara rasminya mengumumkan Wilayah Pusat Data di Malaysia

1128
0
Microsoft Azure Data Centre

Microsoft hari ini telah mengumumkan inisiatif Bersama Malaysia baharu yang melibatkan pelaburan bernilai USD 1 billion (~RM 4.1 billion) untuk tempoh 5 tahun. Inisiatif ini turut melibatkan penubuhan wilayah pusat data Azure pertama di Malaysia.

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, mari kita fahami perbezaan di antara wilayah pusat data dan pusat data.

Menurut Microsoft, pusat data adalah bangunan fizikal yang menempatkan pelayan. Manakala wilayah pusat data adalah sekelompok pusat-pusat data yang dihubungkan bersama menerusi rangkaian khusus berkependaman rendah (low-latency) dan perimeter berdasarkan kependaman (latency defined).Microsoft Azure Data Centre

Atau dengan kata lain, sesebuah wilayah pusat data mengandungi sebilangan pusat-pusat data. Microsoft turut menyatakan wilayah pusat data di Malaysia ini kelak akan memperkenalkan ciri Azure Availability Zones.

Ciri ini menjamin perlindungan data pengguna dari sebarang insiden yang tidak diingini yang berlaku pada tapak fizikal pusat datanya. Data-data pengguna yang disegerakkan (synchronize) ke seluruh wilayah pusat data Azure ini akan kekal selamat kerana pusat-pusat data lain akan sentiasa membantu antara satu sama lain.

Selain Azure, wilayah pusat data di Malaysia ini juga menyediakan akses ke perkhidmatan awanan lain dari Microsoft seperti Microsoft 365, Dynamic 365 dan Power Platform.

Bertempat di Lembah Klang, wilayah pusat data Azure ini akan menjadi yang ketiga di Asia Tenggara selepas Singapura dan Indonesia.

Bagaimanapun, Microsoft tidak memaklumkan bilakah wilayah pusat data Malaysia baharu ini akan mula beroperasi. Malah, Malaysia juga masih lagi belum disenaraikan di dalam wilayah pusat data Azure di dalam laman web rasminya setakat ini.

Pembangunan wilayah pusat data oleh Microsoft ini merupakan sebahagian dari inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia oleh kerajaan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.