Home Mobile Android Microsoft Defender ATP Preview Build hadir ke Peranti Android

Microsoft Defender ATP Preview Build hadir ke Peranti Android

8
0

Microsoft pada awal tahun ini pernah mengumumkan aplikasi antivirus Defender Advanced Threat Protection (ATP) akan diterbitkan untuk platform iOS dan Android.

Menerusi laman forum Tech Community, pengurus program kanan syarikat, Encik Kanishka Srivastava mendedahkan preview build aplikasi berkenaan akan diterbitkan untuk peranti Android di rantau Amerika Syarikat.

Menurut beliau, Defender ATP bertujuan menyediakan perlindungan tambahan untuk pengguna Android dari malware dan serangan ‘phishing’. Imbasan antivirus dilaksanakan dengan segera bagi mengesan malware dan aplikasi yang berpotensi untuk tidak dikehendaki. Ianya juga akan melakukan imbasan pada aplikasi yang baru dimuat turun dan akan memaklumkan pengguna sebaik sahaja ianya telah dipastikan selamat.

Perlindungan anti-phishing Defender direka bagi menyekat sebarang akses website tidak selamat yang pautannya dihantar menerusi SMS, WhatsApp, emel atau apa jua aplikasi. Selain itu, ianya juga akan menggunakan teknologi Microsoft SmartScreen, yang digunakan khusus untuk menyekat sambungan rangkaian tidak selamat yang digunakan oleh aplikasi hasad tanpa pengetahuan pengguna.

Microsoft memaklumkan akan menambah lagi keupayaan perisian mudah alih Defender ATP dalam masa beberapa bulan yang akan datang. Turut dimaklumkan, versi iOS akan dilancarkan dalam tempoh berkenaan. Bagaimanapun, Microsoft masih lagi belum memperincikan perlindungan keselamatan yang ditawarkan untuk peranti-peranti mudah alih Apple kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.