Utama Automotif NVIDIA bergandingan dengan Mercedes-Benz bangunkan Kenderaan Didefinisikan Perisian

NVIDIA bergandingan dengan Mercedes-Benz bangunkan Kenderaan Didefinisikan Perisian

591
0

Nvidia dan Mercedes-Benz telah mengumumkan kerjasama baharu menerusi acara dalam talian secara langsung yang diadakan di Stuttgart dan Silicon Valley pada 24 Jun 2020. Kedua-dua pihak bersetuju untuk membangunkan kenderaan berdefinisikan perisian untuk pengeluaran Mercedes-Benz bermula 2024.

Kenderaan Mercedes-Benz generasi berikutnya ini bakal memuatkan senibina berkomputer lanjutan dan sofistikated yang dibangunkan oleh NVIDIA.

Ini seterusnya membolehkan sokongan pemanduan berautonomi Tahap 2 dan 3, bersama-sama parkir autonomi Tahap 4 dilengkapkan pada kenderaan berkenaan, justeru mempermudahkan interaksi pemanduan dari manusia.

Sistem perkomputeran yang digunakan berasaskan NVIDIA DRIVE AGX untuk kereta-kereta yang mampu memandu secara automatik mengikut laluan lazim dari alamat ke alamat.

Kedua-dua pihak juga merancang untuk menyertakan kemaskini secara ‘over-the-air (OTA)’ yang membolehkan pengguna membeli dan memasang dari jarak jauh fungsi keselesaan dan keselamatan tambahan. Kaedah kemaskini ini juga turut digunakan untuk aplikasi dan perkhidmatan langganan lain pada kenderaan Mercedes-Benz berkenaan.

Selain dari usahasama yang dijalinkan oleh NVIDIA dan Mercedes-Benz ini, Tesla juga dalam usaha mengembangkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan dalam teknologi automotif.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.