Home Android Honor Honor 9A akan berada di pasaran Malaysia 26 Jun ini dengan Harga...

Honor 9A akan berada di pasaran Malaysia 26 Jun ini dengan Harga RM549

17
0

Honor hari ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar baharu melalui Honor 9A. Menariknya, pengeluar telefon pintar ini telah memilih pasaran Malaysia untuk melancarkannya.

Tidak seperti model-model terkini keluaran Honor seperti 9X, 9X Pro, dan 9X Lite, yang menggunakan cipset Kirin, Honor 9A baharu ini menggunakan cipset MediaTek Helio P22 MT6762R.

Sungguhpun menggunakan cipset keluaran tahun 2018, Honor 9A tidak menyokong Google Mobile Serives. Sebaliknya ia bergantung pada Huawei AppGallery sebagai depositori aplikasinya.

Honor 9A turut dilengkapkan dengan paparan LTPS 720p 6.3-inci bersama-sama RAM 3GB dan storan dalaman 64GB. Di permukaan belakangnya, Honor menyediakan modul kamera utama yang mengandungi lensa utama 13MP, lensa ultra lebar 5MP dan lensa berkedalaman 2MP. Manakala dihadapannya disediakan sebuah lensa 8MP bagi kamera swafoto yang ditempatkan pada takuknya.

Paling mencuri tumpuan bagi telefon pintar berharga bajet ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh yang mampu memainkan semula video sehingga 32 jam dan 36 jam panggilan 4G.

Pada harga RM549, Honor 9A akan mula dijual menerusi laman rasmi Honor Malaysia, Shopee dan Lazada bermula pada 26 Jun ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.