Utama Microsoft Microsoft terbitkan kemaskini kecemasan Windows untuk baiki kerentanan kritikal ‘PrintNightmare’

Microsoft terbitkan kemaskini kecemasan Windows untuk baiki kerentanan kritikal ‘PrintNightmare’

831
0

Microsoft telah menerbitkan kemaskini pembaikan kecemasan bagi membaiki kerentanan kritikal di dalam perkhidmatan Windows Print Spooler.

Kerentanan yang dikenali sebagai PrintNightmare ini telah didedahkan pada minggu lalu selepas sekumpulan penyelidik keselamatan secara tidak sengaja menerbitkan konsep pembuktian kod memperalat (exploit code).

Microsoft telah menerbitkan kemaskini kecemasan bagi mengatasi kerentanan ini dan meletakkannya sebagai kritikal kerana membolehkan sesebuah sistem digodam dari jarak jauh.

Memandangkan perkhidmatan Print Spooler dijalankan secara lalai di dalam Windows, Microsoft turut menerbitkan kemaskini pembaikan untuk  Windows Server 2019, Windows Server 2012 R2, Windows Server 2008, Windows 8.1, Windows RT 8.1, dan sebahagian versi Windows 10 yang masih disokong.

Selain itu, Microsoft juga mengambil langkah pembaikan luar biasa dengan melibatkan kemaskini untuk Windows 7, sungguhpun sistem operasi ini sudah tidak disokong sejak dari tahun lepas.

“We recommend that you install these updates immediately. The security updates released on and after July 6, 2021 contain protections for CVE-2021-1675 and the additional remote code execution exploit in the Windows Print Spooler service known as ‘PrintNightmare’, documented in CVE-2021-34527.”

Buat masa ini Microsoft masih lagi belum menerbitkan kemaskini ini untuk Windows Server 2012, Windows Server 2016, dan Windows 10 Version 1607.

Kerentanan PrintNightmare membolehkan penyerang menggunakan kod pelaksanaan dari jarak jauh, termasuk mampu memasang program, mengubah data, dan mewujudkan akaun baharu pada komputer sasaran.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.