Utama Perkakasan AMD Micron umumkan Memori GDDR6 16Gbps baharu untuk Kad Grafik berkuasa AMD RDNA2

Micron umumkan Memori GDDR6 16Gbps baharu untuk Kad Grafik berkuasa AMD RDNA2

512
0

Micron baru-baru ini telah mengumumkan memori GDDR6 berprestasi tinggi 16Gbps untuk kad-kad grafik. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, memori baharu ini akan hadir menerusi kad grafik AMD siri Radeon RX 6000.

Dari segi spesifikasi, memori 16Gbps baharu ini berdasarkan teknologi proses pembuatan 1z dari Micron. Ia membolehkan memori GDDR6 mencapai prestasi sistem sehingga 512GB/s.

Menurut Timbalan Presiden Korporat merangkap Pengurus Unit Perniagaan Grafik di AMD, Scott Herkelman:

“Radeon RX 6000 Series graphics cards were built to deliver high-performance, no-compromises gaming experiences, and the addition of Micron memory to the product line will help us meet that objective.

“Micron has a strong history of developing advanced memory products, and we worked closely with their engineering team to optimize GDDR6 for RDNA 2 architecture-based graphics cards, giving our board partners more choice and flexibility to produce additional designs for gamers.”

Micron dan AMD turut menyatakan pengguna boleh mendapatkan kad grafik Radeon RX 6000 dengan teknologi memori dari Micron baharu ini sekitar suku keempat pada tahun ini. Radeon RX 6700XT bakal menjadi kad grafik pertama yang menerima penghormatan menggunakan teknologi memori grafik baharu tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.